Najib bertanya adakah golongan M40 dan PKS sudah dapat lanjutan moratorium?

Sudah lebih seminggu sejak Menteri Kewangan menjamin bahawa bank akan memberi kelulusan automatik bagi lanjutan moratorium kepada golongan B40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Mikro tanpa sebarang dokumen.

Golongan M40 pula hanya perlu membuat self-declaration atau pengisytiharan sendiri dengan pihak bank masing-masing.

Adakah janji minggu lepas ini telah ditepati atau masih tidak menepati keperluan?

Adakah setengah-setengah bank sedang mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk meraih lebih banyak keuntungan dari peminjam yang minta lanjutan moratorium pinjaman?

Apakah pengalaman kawan-kawan yang minta lanjutan moratorium pinjaman sejak minggu lepas?
Najib Razak

Institusi perbankan akan memberikan bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar tambahan terutamanya kepada peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpilih dan layak untuk memohon.

Penambahbaikan ini adalah tambahan kepada bantuan yang telah diumumkan pada Belanjawan 2021 yang berlangsung pada 6 November lalu.

Kelayakan pemohon
Bagi kategori individu, terdapat dua keadaan yang dibenarkanuntuk memohon dan fleksibiliti pembayaran balik iaitu.

Individu yang hilang pekerjaan dan pendapatan pada tahun 2020

– Moratorium pinjaman akan dilanjutkan selama 3 bulan
Individu yang mengalami pengurangan gaji
– Pengurangan jumlah ansuran sepadan dengan pengurangan gaji sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, permohonan moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik adalah seperti berikut :

Perniagaan berdaya maju yang menghadapi masalah aliran tunai
Peminjam individu lain yang menghadapi kesukaran membuat pembayaran balik
Manakala, bagi kedua-dua kategori di atas, terdapat tiga pilihan yang ditawarkan kepada peminjam antaranya :

Hanya membayar faedah dalam tempoh tertentu

Mengurangkan ansuran bulanan dengan memanjangkan tempoh pinjaman
Fleksibiliti lain sehingga peminjam boleh menyambung pembayaran balik baki pinjaman

Bagi pembiayaan sewa beli, peminjam yang terjejas akan ditawarkan jadual ansuran pembiayaan yangakan disemak semula dengan Akta Sewa Beli 1967.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker