i-sinar KWSP : Apa beza syarat dan kriteria, cukuplah berdolak dalih.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka KRITERIA bermaksud:
“Kriteria yang ditetapkan secara formal dalam perjanjian pembekalan sebagai memenuhi SYARAT kesempurnaan perkhidmatan.”
Jadi apa sebenarnya maksud pihak KWSP yang bermain dengan kata-kata kononnya i-SINAR tidak bersyarat tetapi menetapkan KRITERIA untuk mengimbangi mandat KWSP melindungi simpanan ahli untuk masa persaraan mereka.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian tidak perlulah ada sebarang PENETAPAN KRITERIA. Kami menerima bukan ratusan tetapi ribuan maklum balasr rakyat yang benar-benar susah dan tertekan berikutan keadaan luar biasa Pandemik Covid-19.
Justeru Pemuda UMNO bertegas agar 3 cadangan yang kami kemukakan sebelum ini, harus dilakukan segera oleh pihak KWSP bagi mempermudahkan urusan pengeluaran wang simpanan pencarum melalui i-Sinar:
(i) Memansuhkan segala syarat mahupun KRITERIA yang menyusahkan pencarum yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka;
(ii) Mengurangkan karenah birokrasi dengan menyingkatkan tempoh untuk pemohon menerima bayaran pertama daripada 3 bulan kepada maksimum 1 bulan.
(iii) Memberikan pilihan kepada Ahli KWSP untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 sekaligus (one-off) setelah permohonan diluluskan.
Diharapkan pihak KWSP segera hentikan dolak-dalih dan berpolemik dengan istilah kriteria untuk mengaburi rakyat dengan dakwaan tiada bersyarat. Permudahkan, usah menyulitkan urusan rakyat!
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
6 Disember 2020
You must be logged in to post a comment.