Rajinikanth Sah Ceburi Politik

CHENNAI, India – Bintang filem India, Rajinikanth hari ini menjadi aktor dan nama besar terbaharu memasuki arena politik dengan berjanji akan membawa sebuah kerajaan bebas rasuah ke negerinya, Tamil Nadu.

Hero filem aksi dan aktor yang mendapat bayaran antara paling mahal di Asia itu berkata di Twitter bahawa dengan sokongan orang ramai, dia akan melancarkan sebuah parti politik pada Januari tahun depan.

Parti baharu itu dijangka bertanding dalam pilihan raya yang dijadualkan di Tamil Nadu pada 2021.

RAJINIKANTH (tengah) bercakap kepada media di hadapan kediamannya di Chennai hari ini. – AFP

Bekas konduktor bas berusia 69 tahun itu berkata, rakyat mahukan politik yang jujur, telus, bebas dan tanpa kasta di negeri itu.

“Perkara menakjubkan dan hebat akan berlaku,” tambahnya tanpa memperincikan sama ada dia sendiri akan bertanding.

Aktor tersebut mempunyai begitu ramai pengikut di India di mana dia digelar sebagai Thalaivar atau pemimpin.

Rajinikanth yang bekerja sebagai konduktor bas di bandar Bangalore sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 1973, membuktikan pengaruhnya dalam tahun 1993 apabila dia meminta peminat untuk tidak menyokong kerajaan Tamil Nadu yang kemudian kalah dalam pilihan raya.

Pada tahun 2017, Rajinikanth berkata bahawa dia mahu menceburi politik untuk membawa perubahan di Tamil Nadu. Para peminatnya membakar bunga api selepas mendengar berita tersebut tetapi sehingga sekarang masih menunggu langkah rasminya.

Rajinikanth mengikuti jejak sebilangan pelakon popular India yang bertukar kerjaya dan menceburi bidang politik sebelum ini.

Bintang filem Hindi, Sunny Deol ialah seorang ahli Parlimen manakala bintang Tamil, Kamal Haasan membentuk partinya sendiri pada 2018 tetapi gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Jaya Bachchan yang merupakan isteri aktor legenda Bollywood, Amitabh Bachchan telah berkhidmat selama empat penggal sebagai anggota dewan tinggi Rjya Sabha. – AFP

Zul Yahya Ceburi Bidang Perniagaan, Buka Pasar Raya Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker