Pencarum KWSP Sudah Jadi Pencarut

oleh Zam Yahaya

Walaupun maklumat yang sahih mengatakan KWSP mempunyai aset lebih dari RM 900 billion dan aset berbentuk simpanan tetap berjumlah kira kira RM 200 billion namun keputusan kerajaan Pakatan Nasional tentang kaedah pengeluarannya yang memakan masa serta berperingkat peringkat membuat rakyat mula curiga dan tertanya tanya, apakah KWSP benar benar mempunyai aset mudah tunai yang mencukupi? Kalau ada, siapa yang nak guna tunai tersebut? Kalau tak ada, dah pergi mana duit tu?

Atau mungkin isu pengeluaran wang KWSP dan moratorium pembayaran balik pinjaman bank telah benar benar menjadi isu politik untuk meraih undi pada PRU?

Memandangkan keputusan mengenai KWSP dan moratorium ini boleh dibuat oleh menteri kewangan tanpa kelulusan dewan rakyat, maka Pakatan Nasional mungkin akan mengumumkan keputusan yang lebih baik untuk rakyat bila PRU15 hampir tiba demi untuk menimbulkan “feel good factor” sejurus sebelum pilihan raya. Biarlah rakyat sengsara dulu sekarang?

Barisan Nasional juga sebenarnya bermunafaat sekiranya tuntutan sebenar pengeluaran KWSP dan tempoh moratorium tidak diberi dan dilanjutkan seperti yang mereka tuntut. Ini akan menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Nasional dan lebih mudah BN bertanding secara solo pada PRU15 nanti. Lagipun rakyat tahu yang Barisan Nasional telah berusaha bersungguh sungguh menuntut apa yang rakyat mahukan mengenai KWSP dan moratorium pinjaman bank ni namun pihak yang mengecewaknnya ialah Pakatan Nasional atau lebih tepat lagi PPBM kerana mereka yang menerajui tampuk pemerintahan.

Tapi kenapa tak berjuang sehingga titisan peluh yang terakhir? Rakyat mengharapkan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional membuat gertakan sekali lagi di parlimen hari ini.

Apa Sudah Jadi?

Kerajaan Nak Guna Duit Tu, Bank Pun Kemut, KWSP Pun Kemut. Rakyat Akan Lapar Dan Akan Marah. Pencarum Akan Jadi Pencarut Dan Pencarut Akan Bertindak Lebih Jauh Dari Itu.

Jangan Cakap Kami Tak Pesan…

BN Terus Desak Pemberian One-Off KWSP

Related Articles

One Comment

  1. Tgu jela pru nati insyaallah akan berubah je kerajaan baru…rakyat minta duit diorang bukan duit kerajaan pun….korang tgu je la yer…x lama pun….duit rakyat korang letak syarat yg bukan….COMFIRM DUIT DAH XDE ATAU PUN KORANG NAK MAKAN DUIT RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI..,TGU JE LA YER PRU AKAN DTG…K BYE

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker