PAS tidak akan sertai kerajaan Perak baharu

PAS mengumumkan ia tidak akan menyertai kerajaan negeri Perak yang baharu, selepas pentadbiran Ahmad Faizal Azumu tumbang setelah kalah undi percaya yang dibawa parti sekutu, UMNO.

“Meski pun demikian, PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional,” kata Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan dalam kenyataan.

Sebelum ini PAS Perak mengakui mereka tidak menjangkakan majoriti Adun dalam DUN Perak akan mengundi menolak usul percaya ke atas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu hari ini.

Pesuruhjayanya Razman Zakaria juga berkata mereka tidak tahu siapa yang membuat perancangan bagi menggantikan menteri besar di negeri berkenaan.

“Siapa punya perancangan nak jadi menteri besar, kita pun tak tahu.

“Jadi kita tunggu arahan daripada pucuk pimpinan, di mana kedudukan PAS dalam suasana politik di Perak ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu, mencipta rekod sebagai pemimpin pertama yang tersingkir menerusi usul percaya apabila hilang sokongan majoriti wakil rakyat, termasuk Adun UMNO dalam kerajaan pimpinannya.

Mungkin lebih menakjubkan ialah Faizal sendiri berkata beliau sudah menjangka akan tewas dalam undian di Dewan Undangan Negeri hari ini, walaupun kerajaan negeri pimpinan Perikatan Nasional mempunyai majoriti selesa.

Related Articles

One Comment

  1. Sampailah hajat jijik Umno kerana berjaya menumbangkan kerajaan PN Perak. Nah, untuk puaskan nafsu sarakah Umno, bolehlah bergabung dengan DAP untuk memerintah dan menjahanamkan kaum Melayu di Perak, dan jangan lupa hadiahkan 999 tahun tanah2 kepada cina2 di kampung2 baru dan kalau tak puas hati lagi lantik pemimpin DAP jadi Timbalan MB. Diharap Pas kekal dengan pendirian tidak menyokong Umno dalam permainan politik jijik ini.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker