Pas cubalah haramkan MIC – Vigneswaran

Kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa MIC patut diharamkan jika menghasut orang awam mengecewakan Presiden parti yang mewakili masyarakat India itu, Tan Sri SA Vigneswaran.

Meluahkan rasa terkilannya, bekas Speaker Dewan Negara itu menyifatkan perkembangan terbaharu itu telah melondehkan wajah sebenar pemimpin Pas sebelum dan selepas menjawat jawatan kerajaan.

“Saya tidak akan sesekali lupa bagaimana Presiden Pas memberikan sokongan serta janji tidak akan melakukan perkara yang tidak menghormati agama lain malah memberikan contoh bagaimana di Kelantan dan Terengganu begitu menghormati agama masing-masing,” katanya.

Vigneswaran juga mengakui terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Kedah yang menurut beliau baru setahun jagung memegang jawatan tersebut tetapi sudah memandai hendak mengajar dan menghina MIC.



“Jika kami bersuara kamu katakan itu menghasut dan beri cadangan untuk haramkan kami? Adakah ini politik matang kamu? Menghancurkan kepercayaan terutamanya masyarakat India yang semakin terbuka dalam menerima Pas?” soalnya.

Beliau membangkitkan isu tindakan kerajaan negeri merobohkan kuil yang dibina di atas tanah kerajaan negeri untuk memberi laluan kepada pembangunan.

Katanya, apa yang disuarakan oleh MIC adalah sama ada tiada tanah gantian dan perihal ketiadaan peruntukan rumah-rumah ibadat agama lain dalam belanjawan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, persoalan itu dijawab dengan tuduhan bahawa MIC mahu menghasut rakyat justeru ia perlu diharamkan.



“Kita tidak minta tanah candi-candi Hindu yang berusia lebih seribu tahun di Kedah itu. Kita hanya minta sedikit toleransi, pertimbangan dan hati perut kerajaan negeri khasnya Menteri Besar baharu ini untuk lebih memahami.

“Kamu sebenarnya sebagai pemimpin nombor satu di negeri itu patut lebih memahami nadi rakyat Kedah, kenapa bersikap pilih bulu seperti ini? Anda telah menghancurkan perasaan hormat, kepercayaan terhadap pemimpin Pas.

“Tidak malukah untuk kamu berbohong dalam Dewan kononnya selama ini tidak ada apa-apa peruntukan diberikan untuk rumah ibadat bukan Islam termasuklah kuil-kuil sebelum ini?

“Apabila bukti diberikan, tanpa sedikit pun rasa bersalah kamu teruskan perbuatan menghina malah cuba mengugut MIC yang lantang bertanya.



Vigneswaran seterusnya mencabar Muhammad Sanusi mengharam MIC dan meletakkan jawatan jika tidak berjaya berbuat demikian.

Katanya, MIC tidak pernah takut seandainya kehilangan sokongan politik Pas demi mempertahankan isu-isu rakyat. .

“Anda kata kami perlu diharamkan kerana lantang bersuara, selama ini Pas juga lantang bercakap termasuklah kumpulan pengganas di luar negara, ada juga isu yang langsung tidak kena mengena dengan parti ini tapi anda tetap lantang.

“Jadi adakah ini bermaksud kamu juga perlu diharamkan kerana suka campur tangan isu yang juga mengundang rasa tidak senang segelintir pihak?” katanya



Semalam Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan sebuah kuil Hindu Sri Raja Muniswaran di Taman Bersatu, Kuala Kedah yang sudah berusia lebih 30 tahun kerana tapak itu akan dibangunkan tidak lama lagi.

Ekoran itu Ketua Biro Aduan Awam Pemuda MIC Kebangsaan, Sasitharan Samugam Pillai mendakwa amalan kebebasan agama tidak lagi sejahtera di Kedah apatah lagi selepas mendapat tahu ianya adalah arahan Pejabat Menteri Besar. MG

Apa masalah Sanusi, soal MIC Kedah



Related Articles

One Comment

  1. Memang patut pun beberapa kuil haram yang beribu2 didirikan di atas tanah kerajaan atau resab jalan dan sungai, bukan saja di Kedah tapi di seluruh negara. Banyak rancangan2 pembangunan negeri dan negara seperti pembesaran jalanraya atau sungai tergendala disebabkan kuil2 haram tersebut. Jelas sekali bilangan kuil hindu banyak kali lebih banyak dari bilangan kaum Hindu di sesuatu tempat atau daerah. Kenapa tidak ikut cara penganut Budha kaum cina yang membuat cindi di dalam kawasan rumah mereka sendiri, tidak menyusahkan orang lain. Vigneswaran takkan tak tahu, di India sendiri kaum hindu tak boleh mendirikan kuil sesuka hati seperti di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker