Kecoh Babi Hutan Sesat Di Bandar Machang

MACHANG – Penduduk di sekitar bandar ini kecoh apabila melihat seekor babi tersesat dari hutan sebelum dilihat merayau-rayau mencari makanan di pekarangan premis-premis di sini pagi tadi

Suasana itu reda selepas sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) tiba kira-kira pukul 8 pagi dan menghalau haiwan itu ke kawasan hutan berhampiran.

Ketua Syif APM Machang, Sarjan Sallehuddin Favillah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang peniaga yang terkejut melihat haiwan itu di hadapan kedainya pada pukul 7.50 pagi.



Katanya, dia bersama empat lagi anggota APM terus bergegas ke lokasi dan cuba menangkap babi hutan tersebut.

“Pihak kami cuba menangkapnya menggunakan jaring, namun gagal kerana haiwan itu bertindak agresif.

“Pilihan yang ada ketika itu adalah untuk menghalaunya kembali ke dalam hutan berdekatan dan memastikan ia tidak kembali merayau di kawasan bandar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sebelum itu, klip video memaparkan babi hutan itu kini tular di media sosial sehingga mencuri tumpuan ramai warganet.



Sallehuddin memberitahu, tiada kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan dalam insiden terbabit.-K! ONLINE

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker