Dek syarat i-Sinar KWSP, FB Muhyiddin, Tengku Zafrul diserang netizen

Terkini di My KMU !!!!---->

FACEBOOK milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diserang netizen.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik kedua-dua pemimpin itu dipenuhi komen oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan i-Sinar.

Ini kerana, petang tadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan mengenai syarat pengeluaran simpanan daripada Akaun 1.

Walau bagaimanapun, syarat tersebut mengecewakan netizen kerana tidak dapat mengeluarkan wang simpanan mereka untuk berhadapan dengan situasi tekanan ekonomi dan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Dalam Facebook Muhyiddin, netizen membuat komen berkaitan KWSP apabila beliau memuat naik kenyataan mengenai panggilan video bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long.

Status mengenai perbincangan dua hala antara Malaysia – Singapura itu membincangkan pembinaan Laluan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dimuat naik kira-kira pukul 8 malam.

“Tan Sri, agak-agaklah 30 peratus sahaja. Yang kena potongan 10 peratus tetap sama terkesan kerana kami tak dapat jumlah yang sama untuk berbelanja rumah.

“Roti Gardenia pun naik harga tetapi kami tak ada sesiapa hendak bela atau bantu. Kami hanya mohon duit kami dalam keadaan terdesak untuk menyara enam hingga lapan orang keluarga dan seorang bekerja.

“Kami mohon pertimbangkanlah rayuan kami yang tidak ada nilai ini,” luah Zahir Aziz.

“Semua orang tengah marah fasal KWSP. Hadap sahajalah abah. Bye Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” sindir Farid Shuhaimi.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3571903279554872&id=112183975526837

Tunggulah pilihan raya, kami pencarum KWSP akan menghukum ‘parti bunga’ dan lain-lain kalau KWSP tak diubah kepada tanpa syarat,” komen Yusrie Yusrizah.

“Kami hendak pencarum yang dapat i-Lestari automatik dapat i-Sinar tanpa syarat dan bukti yang mengarut,” pinta Suardi Muhamad Amin.

“Tolong fahami masalah kami, bukan kami tak bersyukur tetapi kami memang memerlukan duit itu. Itu duit daripada titik peluh kami sendiri.

“Mohon pertimbangan lagi supaya rakyat bebas mohon tanpa ada syarat,” luah Muhammad Amierul Subakir.

Sementara di Facebook Tengku Zafrul pula, beliau memuat naik status megnenai pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di pejabatnya.

Status tersebut dimuat naik pada waktu yang lebih kurang sama dengan status Muhyiddin.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=206776454305442&id=102339531415802

Alhamdulillah, semoga Menteri Kewangan kita sentiasa sihat dan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa dalam lindungan Allah. PM yang hebat,” sindir Yasmina Ramzan.

“Tengku Zafrul, tolonglah ini KWSP kami hendak one-off RM10,000. Kalau KWSP tak ada duit, bagtahu terus terang. Jangan bagi kenyataan pusing-pusing dengan syarat bagai,” luah Nasharudin Din.

“Allahu… Kata KWSP tanpa syarat, dekat Parlimen pung pang cakap. Kasihanlah kami yang berniaga tak berapa jalan sangat, macam-macam kekangan.

“Bukan semua perniagaan boleh jalan macam biasa. Lagi-lagi macam saya buat perniagaan melibatkan majlis perkahwinan. Allahu… bukan minta bantuan geran-geran lagi pun.

“Minta keluar KWSP Akaun 1 sahaja, yang terang-terang memang duit sendiri. Memanglah lama tak mencarum, tetapi Akaun 1 itu ada la juga RM50,000,” kata Zahereyshah Arshad.

“Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP sila letak jawatan. Kerajaan Muhyiddin gagal membela nasib rakyat dikala pandemik Covid-19 melanda negara.

“Macam haram pengeluaran KWSP. Ingat yagng bekerja ini tak terjejas ke?” soal Azmi Lanun.

“Kenapa KWSP buat pengumuman yang sebegini rupa? Sepatutnya biarlah kesemua ahli yang merasa akan i-Sinar itu. Kami yang masih bekerja tetapi sudah dua tahun tiada kenaikan gaji amat terkesan juga.

“Barang kian naik harga, KWSP buat begini seolah-olah menafikan hak kami yang masih ada kerja dan tidak merasa faedah ini. Mohon KWSP kaji balik semula adakah 8 juta penerima itu termasuk kategori kami ini.

“Mohon Tengku Zafrul maklumkan kepada KWSP kerana itu adalah wang kami dan kami berhak ke atas wang simpanan kami,” luah Shahriman Abdul Rahman.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap syarat KWSP di Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Netizen meluahkan rasa kecewa dengan menyifatkan syarat pengeluaran i-Sinar KWSP sebagai mengarut dan sukar dipenuhi sedangkan duit yang hendak dikeluarkan adalah daripada simpanan mereka sendiri. SM

Daripada group WhatsApp ke FB, rakyat kecewa dengan i-Sinar

9 thoughts on “Dek syarat i-Sinar KWSP, FB Muhyiddin, Tengku Zafrul diserang netizen

  • December 3, 2020 at 21:08
    Permalink

    Payah..payah..nak keluarkan duit sendiri Pon bersyarat….padoh gini….

    Reply
    • December 4, 2020 at 11:26
      Permalink

      Sepatutnya tak perlu syarat bg yg terima i-lestari sepatutnya secara automatik terus dapat.Syarat yg diberikan ini menampakkan KWSP ada problem.Adakah betul2 kwsp ada masalah utk beri RM70 billion itu utk penerima 8 juta org?Hari tu ckp dlm parlimen tak perlu bersyarat.Daftarkan sj secara automatik penerima yg sejumlah 8 juta org tu.Kami rakyat makin tersepit sudah ni bosku….ini duit kami bukan duit org lain pun.Yang byk duit tu tak payahlah dia org ambil dia org punya.

      Reply
      • December 4, 2020 at 13:20
        Permalink

        Bg syarat mcm #Haram ×××××..bg je la tanpa syarat..ka..dh rolling duit kami..

        Reply
  • December 4, 2020 at 10:26
    Permalink

    Saya ibu kepada 3 org anak.. Sangat lah susah sekarang.. Ingat kan kerajaan sekarang memahami rupanya sama saja. Kwsp ada adalah duit kami. Jika tak nak bagi cash pada saya bayar lah rumah saya full payment kt Bank. Saya tak mampu nak bayar lagi. Dan banyak lagi hutang Bank yg saya kena Bayar.

    Reply
    • December 4, 2020 at 22:40
      Permalink

      Nak mintak duit sendiri mcm tagih duit Mak Bapak Menteri… Pukiayam…

      Reply
    • December 4, 2020 at 23:58
      Permalink

      Alhamdulillah bagus idea akak ni…

      Reply
  • December 4, 2020 at 21:02
    Permalink

    siyesss laa.. duit sendri nak kluar masa terdesak ni boleh ko letak syarat2 mengarut bagai… tu fuit bapak kau ke? nk bersyarat bagai.. rasenye tu duit bapak akuu.. bkn bapak kau… KWSP ni ade duit x lg?ko roling buat apa sampai takut nk bg ni… alasan takut nnt prnyimpan xde duit bile pencen ni xmasuk akal la.. babi kat blkng rumah aku dgr cite nii .. gelak guling2 dia.. dah sah2 di kata..ko dah kna k3ncing brooo… i-kencing dulu laa…

    Reply
  • December 4, 2020 at 21:23
    Permalink

    Tadi Kat bulletin utama tv3…penjelasan dari pegawai epf macam budak tadika…lu pikir la sendiri…duit kami tu…bukan nak kuar semua…rm10k jer….nampak sgt epf xde duit…ingat rakyat malaysia ni bodob sgt ker..

    Reply
  • December 6, 2020 at 01:52
    Permalink

    ALLAH SWT akan membalas setiap perbuatan kita dalam dunia nie..maaf lah kalau terkasar bahasa..kepada BOS KWSP..satu jer soalan..rasa2 gaji tuan dan pegawai2 tuan yg cerdik pandai tu mai dri mana2 agak2..mngkin dari duit kami pencarum2..walaupun niat tuan yg risaukan masa depan pencarum memang bagus klau btul niatnya..tapi harap memahami..masa tika dan saat ini..bukan masa depan..pencarum KWSP keSELURUHAN amat memerlukan duit. Duit sendiri..tuan pernah terpikir tak ada pencarum2 yg masih berkerja dari PKP..ada yg sampai dah BERHUTANG DGN ALONG..termasuk saya..ALONG Paling snang nak bagi pimjaman..hanya send no account sahaja..terus masuk..tmpat paling mudah nk pimjam duit sbab duit sendiri ada tapi org kerja kami yg kami bagi gaji dia tiap2 bulan tanpa miss pun..dia pegang duit kami bila mintak dia tipu kata dah hilang..mungkin bila kami dah tua..baru jumpa balik duit tu

    Reply

Leave a Reply