[Video] Nazri Aziz desak siasatan kes video semburit

YB Nazri Aziz mohon peguam negara mengambil tindakan ke atas siasatan kes semburit yg dikatakan melibatkan Azmin Ali.

Seorang pemimpim veteran Umno meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin tidak mengamalkan sikap pendakwaan dan penyiasatan terpilih seperti yang berlaku di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) berkata, jika pihak berkuasa tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam melakukan siasatan maka tidak mustahil kerajaan PN yang ada hari ini akan dihukum pada pilihan raya umum ke-15.

“Inilah perkara yang saya mahu bangkitkan, iaitu apa yang kita janji mesti dikotakan. Rakyat hari ini bukan rakyat yang bodoh, rakyat cerdik. Apa yang kita perlu lakukan, mesti dilakukan. Jangan kita kata dulu zaman PH begitu. Itu salah bagi saya. Kalau salah tetap salah.



“Saya minta kepada pihak peguam negara, SPRM, polis jangan ada pendakwaan terpilih dan penyiasatan terpilih, kalau tidak rakyat akan hukum kita dalam PRU15 nanti,” katanya ketika menjawab pertayaan Shamsul Iskandar Mohd Akib (PH- Hangtuah Jaya) yang bangun mencelah meminta pandangan beliau berhubung isu seorang menteri kanan yang terkait dengan video tular yang kini “ditutup penyiasatannya”.

Ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri meminta kerajaan PN tidak mengulangi apa yang dilakukan oleh kerajaan PH, termasuk penyiasatan dan pendakwaan terpilih serta menarik balik pendakwaan yang berjalan di mahkamah.

“Waktu penubuhan kerajaan PN saya mengalu-alukan kenyataan perdana menteri bahawa pelantikan yang dibuat mestilah berasaskan “acid test” kebersihan, iaitu tiada kes melibatkan mereka yang dipilih sebagai menteri dan juga timbalan menteri.

“Kita alu-alukan kenyataan perdana menteri kerana kita melihat kerajaan yang terbentuk hari ini membuat lembaran baru untuk menjadikan negara Malaysia bersih. MN



Antara kuman dalam air dan gajah dalam bilik hotel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker