Umno mana ada duit, macam mana nak tanding semua kerusi tradisinya?

Itulah yang selalu aku dengar. UMNO tak ada duit. Jadi UMNO kena join dengan parti lain terutamanya Bersatu sebab Bersatu boleh guna duit kerajaan.

Ikhlas aku kata, kata-kata itulah yang paling sial yang pernah aku dengar, terutamanya jika kata-kata itu datang dari para pemimpin UMNO.

EH, BIASALAH, KAN AKAUN UMNO/BN MASIH DIBEKUKAN?

Apa kau ingat UMNO tu bodoh sangat, simpan duit dalam satu atau dua akaun? Lebih 60 tahun UMNO mentadbir kerajaan, bukan setahun dua. Jangan kelentong la UMNO tak ada duit. Akaun yang kena freeze baru RM112 juta atau lebih sedikit. Dalam setahun pun UMNO boleh buat lebih dari itu. Money is not an issue.

MANA DUIT UMNO? KAN SELALU KITA DENGAR UMNO TAK ADA DUIT?

Takkan UMNO nak bagi tau mana dia simpan. Tak pasal-pasal nanti kena freeze jugak. Kau ingat boleh percaya sangat pada Muhyiddin? Darah PH masih kuat mengalir dalam badannya.

SO UMNO BOLEH LA BERTANDING SEMUA KERUSI TRADISI DIA SEBAB UMNO ADA DUIT?

Isunya bukan isu duit. Isunya, nak tak nak je. Dalam UMNO ni juga ada penyangak. Jenis mata yang hanya melihat apa yang mereka boleh dapat jika dia bekerjasama dengan Bersatu. Mereka ini langsung tiada jiwa perjuangan. Mereka tidak ada rasa sayang pada UMNO. Mereka mempergunakan UMNO untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka memijak kepala kita untuk melompat ke seberang sana. Golongan inilah yang selalu beri alasan supaya kita bekerjasama dengan Bersatu pada hal UMNO terlebih mampu untuk meletak dan membiayai calon-calonnya di semua kerusi. Golongan ini juga yang sering mematikan semangat akar umbi yang kononnya UMNO tidak boleh hidup tanpa Bersatu.

JADI TUAN YAKIN UMNO MAMPU BERTANDING SEMUA KERUSINYA?

Andai kata UMNO tiada wang sekali pun, UMNO masih mampu meletakkan calon di semua kerusi. Anda harus ingat bahawa UMNO ada 4 juta ahli. Kekuatan UMNO ada pada ahlinya. Nyawa dan jantung UMNO ada di dada akar umbi UMNO. Mereka sedia melakukan apa saja demi UMNO. Mungkin politik wang sudah menjadi darah daging di kalangan sebahagian pemimpinnya tetapi tidak pada ahli.

MAKSUD TUAN?

Seandainya keadaan mendesak, akar umbi sedia mengumpulkan dana untuk calon pilihan di kawasan masing-masing. Saya tidak langsung terkejut jika ianya berlaku. It is not a big deal to them bro. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sudah lama terpahat dalam diri orang-orang Melayu.

Asal perjuangan UMNO dulu pun begitu. Rakyat pernah menyerahkan barangan kemas demi membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan itu ke London untuk menuntut kemerdekaan. Sejarah tidak pernah menipu. Itulah darah yang mengalir pada diri akar umbi UMNO yang mungkin kamu belum tahu. Darah perjuangan yang sejati.

APAKAH IANYA AKAN BERLAKU?

Tidak. Ianya tidak akan berlaku untuk PRU15 kerana UMNO masih mampu menanggung kos untuk calon-calonnya. Ini saya pasti.

RAJA ANNUAR ADNAN

Muafakat Nasional boleh menang PRU15 jika satu lawan satu

Related Articles

One Comment

  1. Jangan haraplah calon2 Umno nak keluar duit poket sendiri untuk bertanding seperti calon2 PAS. Cerita 4 juta ahli tu dah jadi sejarah, itu tahun 90an. Cuba jumlahkan undi yang umno dapat pada pru14 dulu kalau sampai 2 juta pun dah kira OK sebab dah ramai keluar ikut Bersatu atau PAS atau tak mengundi sebab meluat. Percayalah, kalau masih ada pemimpin2 umno yang masih bersikap dan bersifat sebelum pru14 dulu, lagi ramai ahli akan lari. Orang Melayu sekarang bukan macam dulu lagi, tambahan anak2 muda sekarang amat kritikal terhadap pemimpin2 yang jelas sibuk nak pangkat dan mengisi tembolok sendiri.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker