Lamanya UM Ambil Masa Siasat UMANY

KUALA LUMPUR – Kelab Mahasiswa Parti Berjasa (Wibawa) mempersoalkan mengapa siasatan berhubung kenyataan berbaur hasutan yang dibuat oleh Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (UMANY) mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengambil masa untuk siasatan.

Siasatan sudah berlanjutan selama sebulan namun sehingga hari ini masih lagi tiada tindakan atau perkembangan hasil kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak Universiti Malaya (UM).



Walhal, sudah banyak laporan polis telah pun dibuat dan pihak pengurusan UM juga telah mengeluarkan satu kenyataan untuk melakukan siasatan pada 1 November lepas, kata Wibawa.

“Mengapa isu mudah mengambil masa yang sangat lama untuk pengurusan UM selesaikan?

KUALA LUMPUR 16 OKTOBER 2019. Graduan Universiti Malaya (UM), Wong Yan Ke, 23, bersama peguamnya, Asheeq Ali keluar dari Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur selepas memberi keterangan berhubung tindakan protes yang dilakukan di UM pada Isnin lalu. NSTP/EMAIL

Pada 1 November lalu, UM berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung hantaran di Facebook bertajuk ‘Yang Dipertuan Agong Tidak Sepatutnya Campur Tangan Dalam Hal Ehwal Negara’ yang dimuat naik oleh UMANY.

UM berkata, siasatan lanjut akan dijalankan dengan segera dan pengumuman berkaitan isu berkenaan akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Wibawa berkata, persatuan ‘tercemar’ itu masih berpotensi untuk mengulangi tindakan berunsur fitnah dan hasutan jika tidak dibubarkan oleh UM.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker