[VIDEO] Gadis Cantik Iras Neelofa Viral, Ini Pula Reaksi Tuanpunya Badan – “Siapa Yang Tak Nak…..”

Selepas seorang kanak-kanak comel meraih perhatian warganet gara-gara mempunyai iras dengan selebriti terkenal, Neelofa nampaknya seorang gadis ini pula menjadi tumpuan netizen apabila satu rakaman video tular dilaman sosial sejak kebelakangan ini.

Video tersebut turut dikongsikan menerusi Instagram mStar Online dengan ditonton ribuan kali oleh warganet dimana rata-ratanya memberikan pujian terhadap gadis cantik iras Neelofa ini.



VIDEO DIBAWAH:-

Biarpun begitu, ini pula reaksi gadis dari Kulim, Kedah ini Nur Syaza Widad Muhamad apabila menerusi sumber dia berkata bahawa dirinya tidak mempunyai kaitan dengan selebriti terkenal itu.

Dalam pada masa yang sama, ujarnya ada juga yang turut bercakap bahawa mukanya seperti muka ibu Neelofa selain dia memberitahu bahawa dirinya berasal dari Penang dan menetap di Kulim, Kedah.

Secara realitinya saya tak adalah macam Neelofa. Saya sendiri tak nampak langsung di mana persamaan kami.

Mungkin orang tengok wajah saya ada iras-iras, mata orang lain-lain kan tapi ramai kata kami sama pada senyuman.

Bukan abang tu je tapi ramai cakap macam tu. Famili pun selalu cakap macam tu.

Ada jiran, kawan-kawan mama dan abah beritahu saya senyum ada iras macam Neelofa.



Sementara itu, percakapan tersebut juga dia menganggap sebagai kata-kata pujian dan motivasi untuk berjaya seperti Neelofa.

“Siapa yang tak nak jadi macam Neelofa kan? Aura dia kuat, ramai menyukainya. Jadi kata-kata itu beri suntikan semangat kepada saya untuk menghadapi peperiksaan SPM akan datang.” Ujarnya menerusi mStar.

Kredit: Mstar, HCL

Sah Neelofa dirisik PU Riz – Alhamdulillah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker