Covid-19 : 1212 kes baru hari ini dengan 3 kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan lebih 2,000 pesakit Covid-19 sembuh dalam tempoh 24 jam lalu, mengatasi jumlah kes jangkitan baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan sebanyak 2,112 pesakit Covid-19 sembuh berbanding 1,212 mangsa baharu.

“Dukacita dimaklumkan terdapat 3 kematian dilaporkan hari ini,” katanya pada sidang media.

2,112 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah sembuh keseluruhan adalah 54,759.



Terima kasih petugas kesihatan barisan hadapan!

3 kluster baharu dikenal pasti libat 3

Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 3 kluster baharu dikenal pasti melibatkan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor



Kluster Jalan Lapan melibatkan Kuala Lumpur, Kluster Batu 9 melibatkan Selangor, dan Kluster Nibong melibatkan Johor.

Status Terkini COVID19, 30 Nov 2020

Kes sembuh=2,112
Jumlah kes sembuh=54,759 kes
Kes baharu positif=1,212 kes
(kes import=9 kes tempatan=1,203)
Jumlah positif=65,697 kes
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian=360 kes
Kes dirawat di ICU=113 kes
Bantuan Alat Pernafasan=42



PKPB lanjut atau tidak diumum Jumaat

Kerajaan akan mengumumkan sama ada PKPB di negeri yang akan tamat pada 6 Dis akan diumumkan pada Jumaat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata pengumuman sama ada sambung atau sebaliknya akan dibuat selepas mendapat maklumat penilaian risiko jangkitan dari Kementerian Kesihatan (KKM).

“Akan saya umumkan selepas mendapat maklumbalas dari KKM,” katanya.



Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker