Instafamous Millen Cyrus Masuk Penjara Lelaki Walaupun Dah Tukar Jantina

Baru-baru ini kecoh mengenai penangkapan seorang instafamous Indonesia, iaitu Millen Cyrus kerana di dakwa mengambil dadah.

Selebriti transgender dengan jumlah pengikut sebanyak satu juta di Instagram ini, membuatkan ramai orang terutama pengikutnya terkejut dengan berita penangkapan tersebut.

Tetap Masuk Penjara Lelaki, Walaupun Jadi Transgender


Millen Cyrus yang terkenal sebagai transgender wanita seksi ini di masukkan ke dalam penjara lelaki, meskipun dirinya telah menukar jantina.



Hal ini membuatkan ramai pengikut LGBTQ Millen, memprotes dan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak polis terhadap cara pihak berkuasa mengendalikan sel penjara Millen.

Pihak Polis Lihat Identiti Asal Instafamous Secara Rational

Pihak polis menerangkan kepada orang awam bahawa mereka melihat identiti selebriti sosial media ini secara rational dan berdasarkan kad pengenalan Millen Cyrus.

Melihat kad pengenalan Millen Cyrus ini adalah lelaki, dengan nama sebenarnya Muhammad Millendaru Prakasa Samudera pihak polis memasukkan ke dalam penjara lelaki.



Di Tempatkan Dalam Sel Istimewa


Meski Millen dimasukkan ke dalam penjara lelaki, pihak polis menempatkan Millen dalam sel penjara istimewa di mana hanya Millen seorang saja di tinggal di dalam sel tersebut. Pihak polis tidak menempatkan Millen bersama banduan lelaki yang lain sepanjang tempoh penahanannya.

Millen Mohon Maaf

Millen mengakui dirinya mengambil dadah jenis syabu, dan meminum minuman beralkohol di sebuat bilik hotel di yang terletak di Tanjung Priok, Jakarta Utara pada 22 November 2020.



Dalam sidang media yang diadakan oleh pihak polis Indonesia, Millen memohon maaf kepada ahli keluarganya kerana mengambil dadah dan meminta agar orang ramai tidak menjadi seperti dirinya dan jauhi dadah.

Kes Masih Lagi Dalam Siasatan
Pihak polis menemui 0.36 gram dadah jenis syabu dan sebotol minuman beralkohol dalam bilik hotel Millen, menerusi hasil tangkapan tersebut Millen bersama seorang rakanya diberkas pihak polis.

Millen dan rakannya menjalani ujian air kencing bagi melihat sangat kedua-dua individu ini menggunakan dadah tersebut atau sebalik, hasil ujian mendapati rakan Millen negatif dan manakala Millen positif mengambil dadah tersebut.

Millen didakwa di bawah Artikel 127 dalam Kanun Undang-Undang Narkotik Indonesia, jika Millen didapati bersalah selebriti ini boleh dikenakan hukuman penjara atau menjalani rehabiliti.



Pihak polis juga memaklumkan bahawa pihak berkuasa sedang mencari dua orang suspek yang disyaki memiliki dadah dalam bilik hotel Millen. Wn

Pelacuran online: Pelakon filem, Instafamous ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker