Biadab Tawar Keranda

Wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Tia berkata, kejadian itu berlaku ketika dia baru saja tiba di rumah dari tempat kerja.

“Selepas tiba di rumah, ada jiran yang datang berkunjung. Dia tinggal berhampiran kediaman kami sejak tahun 2001.

“Kunjungan mereka disambut pembantu rumah kami dan saya ketika itu berada di dalam bilik,” katanya.
Agensi

Menurutnya, anaknya kemudian memaklumkan mengenai kehadiran tetamu berkenaan dan dia segera keluar untuk berjumpa dengannya.

“Selepas saya keluar ke ruang tamu, wanita berkenaan sudah berada di dalam bilik nenek. Ketika itu, ibu saya sedang menukar lampin pakai buang nenek namun terpaksa melayan wanita berkenaan.



“Saya berasa agak marah kerana dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, sepatutnya tidak boleh menghampiri orang lain sesuka hati. Saya sendiri tidak berani mendekati nenek selepas pulang dari kerja,” katanya seperti dilaporkan TribunNews.

Tia berkata, ketika itu, wanita berkenaan mula mengeluarkan risalah yang tertera pelbagai jenis keranda dan turut mencadangkan jenis keranda yang sesuai dengan saiz badan neneknya.

“Saya terlalu marah dengan perbuatannya dan memintanya keluar dari rumah kami.

“Di saat mahu minta diri pulang, wanita itu sempat menerangkan mengenai katalog keranda berserta harga dan jenis yang ditawarkan.



“Saya sungguh kecewa dengan sikapnya. Kami sekeluarga berusaha memperjuangkan kehidupan nenek dan memastikan nenek dirawat dengan baik namun, dia seolah-olah tidak sabar menanti nenek kami mati,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga berharap wanita berkenaan dapat menjalankan perniagaan dengan beretika dan menghormati orang lain.

“Saya tahu anda semua mencari rezeki. Tidak salah berniaga apa sekalipun namun, perlu pastikan akal dan akhlak diutamakan,” katanya-HM

Mesir temui lebih 100 keranda kuno yang masih kukuh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker