Azmin suka menunggang orang demi memuaskan kerakusan nafsu – MPP PKR
Azmin bidan terjun politik, bohong semata – MPP PKR
Kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merujuk dirinya sebagai ahli politik ‘bidan terjun’ dibidas PKR.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, kenyataan Azmin yang tidak tertarik untuk aktif dalam politik selepas dibuang pada 1998 hanyalah pembohongan semata-mata.
“Bagi Azmin Ali merujuk dirinya sebagai ahli politik ‘bidan terjun’ hanyalah demi menipu diri sendiri.
“Seluruh rakyat Malaysia tahu bagaimana Azmin suka menunggang orang demi memuaskan kerakusan nafsu.
“Kepercayaan yang telah diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya telah dikhianati apabila wujud peluang untuk mengisi vakum kuasa,” kata Ramanan dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam temubual bersama akhbar The Star, Azmin berkata, beliau berkhidmat untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembantunya selama 15 tahun dan tidak tertarik untuk aktif dalam politik selepas dibuang pada 1998.
Dalam pada itu, Ramanan menasihatkan agar Ahli Parlimen Gombak itu tidak terlalu gopoh dalam mencapai cita-cita beliau.
“Janganlah bersifat bongkak dan memburukkan DSAI hanya kerana mendapat jawatan menteri kanan dari Muhyiddin.
“Naik dan jatuh adat politik tapi mandat rakyat hanya boleh dimiliki jika seorang pemimpin itu ikhlas,” katanya lagi. MG
Saya masih hormat Mahathir tapi Anwar seorang perengus – Azmin
You must be logged in to post a comment.