Anggota polis wanita cedera di kaki terkena tembakan tidak disengajakan

ALOR SETAR, 28 Nov — Seorang anggota polis wanita cedera ringan selepas terkena tembakan yang dilepaskan secara tidak sengaja dalam kejadian di Balai Polis Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata kejadian berlaku pada 1.50 tengah hari ketika pemeriksaan mengosongkan senjata sedang dijalankan oleh seorang anggota lain.

“Sebelum kejadian, konstabel wanita yang berumur 25 tahun sedang menjalankan pemeriksaan mengosongkan senjata sebelum satu das tembakan dilepaskan dari senjata itu tanpa disengajakan.

“Tembakan itu terkena jari kaki kiri rakannya, seorang lagi konstabel berumur 31 tahun yang berada kira-kira tiga meter di depannya,” katanya dalam kenyataan.



Beliau berkata anggota yang cedera itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Kes disiasat menurut Seksyen 37 Akta Senjata 1960,” katanya. BERNAMA

Seorang lagi anggota PGA terkena tembakan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker