Tiz Zaqyah Berang Disuruh Bergambar Lebih Seksi
Pelakon Tiz Zaqyah menegur sikap segelintir jurugambar popular yang memintanya memakai pakaian lebih seksi untuk sebuah sesi fotografi.
Luahan perasaan tersebut dikongsi Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 32, menerusi satu ciapan dalam Twitternya semalam.
Menurut pelakon drama Sara Sajeeda itu, permintaan daripada jurugambar itu dianggap mengarut dan tidak akan sesekali dilakukannya.
TIZ harap golongan wanita jangan mudah naif dengan menurut sahaja kata orang lain.
Bagaimanapun, Tiz tidak mendedahkan siapakah identiti jurugambar yang memintanya melakukan perkara tersebut.
“Kepada semua, terdapat seorang jurugambar terkenal yang meminta saya menunjukkan lebih bahagian tubuh badan dan terdedah.
“Mengarut! Jangan dilayan semua perkara merepek tersebut. Sebelum lakukan sesuatu pastikan ada perjanjian bertulis terlebih dahulu sebagai bukti,” luahnya.
Ujar pelakon yang pernah mengaku menghidap sinestesia itu lagi, dia meminta semua individu khususnya golongan wanita mempunyai hak terhadap tubuh badan mereka sendiri tanpa perlu dikawal oleh mana-mana pihak.
“Tubuh badan ialah hak mutlak diri sendiri. Jika tidak selesa, sila beritahu mereka dan semua itu perlukan persetujuan bersama kerana mereka bukan bos.
“Hormat dan bekerjasama. Sekarang tahun 2020 dan pelik mengapa perkara ini masih banyak berlaku,” katanya lagi.
Tambah Tiz, dia menasihatkan agar semua individu di luar sana jangan mudah terpengaruh dengan segala permainan golongan sebegitu.
“Jadi lebih bijak dan tunjukkan kepada mereka yang kita ialah bos kepada diri sendiri.
“Golongan tak guna seperti mereka berada di mana-mana sahaja mencari mangsa, jangan jadi naif,” katanya.-K!ONLINE
Sumber: Instagram
Dapat DM Gambar Kemaluan Lelaki , Tiz Zaqyah posted dedahkan pelaku
You must be logged in to post a comment.