Pengacara Terkenal Berdepan Dengan Laporan Polis
Orang Asli Bera Buat Laporan Polis Pengacara Hina Kematian Anggota Keselamatan
Seorang pengacara tv terkenal berdepan dengan laporan polis yang dibuat oleh Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) di Bera. Laporan tersebut dibuat kerana ungkapan oleh pengacara tv tersebut yang menghina kematian seorang anggota keselamatan di sempadan Malaysia – Thailand baru baru ini.
Maria Tunku Sabri dinamakan sebagai pengacara tersebut menurut laporan polis. Kandungan laporan turut dinaikmuat di – https://www.facebook.com/groups/413433892547395/permalink/801191727104941/
Kandungan Laporan
“semasa saya berada di rumah di Kampung Gau, Pos Iskandar telah terbaca hantara dalam facebook dan whatsapp memaparkan kenyataan pengacara tv jalan jalan cari makan Maria Tunku Sabri menamakan satu menu masakan ikan siakap 3 rasa mati tertembak di sempada Malaysia – Thai dan mengungkapkan perkataan apalah nak jadi mati katak saja pegawai Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thai.”
Laporan tersebut telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera. Pengadu turut menamakan satu lagi nama pengguna facebook yang turut menghina kematian Sarjan Baharuddin Ramli.
Macau Scam: Pelakon, penyanyi, pengacara antara 5 dipanggil SPRM
You must be logged in to post a comment.