Bantulah Bob Lokman

Kuala Lumpur: Terpanggil dengan keperitan dialami pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman yang kini mempunyai sakit jantung mendorong Konsortium Irama (IRAMA) dengan kerjasama Bapakku Fm dan Islamictune mewujudkan Tabung Bantuan Untuk Bob Lokman.

Pengerusi IRAMA, Ayob Abd Majid berkata, tabung itu bertujuan membantu kos perubatan Bob serta membeli alat kawal degupan jantung yang diperlukannya.

“Kami terpanggil untuk membantu selepas mendengar keluhan Bob menerusi Harian Metro semalam. Ujian dilaluinya amat berat. Agak merisaukan apabila doktor maklumkan dia boleh meninggal dunia secara mengejut dalam tempoh sebulan ini.



“Ini adalah detik yang paling sukar dilalui oleh Bob. Justeru, selepas perbincangan dengan semua ahli, kami terpanggil untuk membantu,” katanya kepada Harian Metro.

Ayob berkata, IRAMA akan menganjurkan konsert secara streaming bagi mencari dana untuk tujuan terbabit.

“Setakat ini artis yang sudah menyatakan persetujuan ialah Datuk Hattan, Joey BPR, Aris Ariwatan, Mel, Rahmad Mega, Amir Uks, Ustaz Nabil dan Ramziela. Kami juga akan tampilkan artis-artis berkonsep hijrah dan ketuhanan. Ia sebagai penghargaan buat Bob yang banyak berjasa dalam industri hiburan kita,” katanya.



Menurut Ayob, konsert itu bakal dibahagikan kepada dua iaitu persembahan artis hijrah atau ketuhanan dari studio IRAMA/Islamictune Sungai Buloh.

Manakala persembahan artis pop berlangsung dari studio Bapakku Fm Subang.

“Konsert akan bermula di konti Bapakku Fm pada 4 hingga 10 Disember dan disusuli pula dengan studio IRAMA/Islamictune pada 11 hingga 17 Disember.

“Kami menyasarkan jumlah kutipan RM10,000 hingga RM15,000 untuk usaha ini. Kami merayu sumbangan masyarakat yang prihatin bagi mengisi tabung ini” katanya.



Terdahulu IRAMA dengan kerjasama Muzika Malaysia pernah membantu Ali XPDC yang melecur di tangan dan muka selepas disambar api pada Mac lalu menerusi Tabung Kecemasan Kemalangan Penggiat Seni Muzik.

Peminat boleh menonton konsert itu menerusi Facebook Bapakku Fm, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia dan Islamictune.-HM

‘Saya Boleh Mati ‘Anytime’ – Bob Lokman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker