PH mengundang kemarahan rakyat jika tolak Belanjawan 2021

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) akan dilihat memperbodohkan diri dan mengundang kemarahan rakyat jika menolak Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, adalah merugikan jika PH menolak belanjawan yang tunduk kepada sebahagian kehendak PH.

“Semasa penggulungan pada 26 November lalu, Menteri Kewangan mengalah kepada tuntutan blok PH dan Barisan Nasional (BN) backbenchers.

“Antara lain ialah moratorium pinjaman bank sehingga Mac 2021, pengeluaran automatik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara meluas dan pemotongan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mujahid berkata, PH bagaimanapun tidak boleh menyalahkan penyokong mereka daripada berasa marah disebabkan tindakan PH tidak menolak Belanjawan 2021 pada Khamis lalu.

Jelas beliau, keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim PH tidak jadi menolak Belanjawan 2021 ketika itu secara asasnya bersandarkan kepada keperluan rakyat lebih utama daripada keperluan politik.

Justeru, katanya, beliau secara peribadi memohon maaf jika tindakan PH itu menimbulkan keresahan, keliru dan marah diatas arahan ‘tarik handbrake’ menolak Belanjawan 2021 pada saat-saat akhir.

Jelas beliau, Ketua Pembangkang namun menegaskan semua pindaan yang disebut oleh Menteri Kewangan perlu diteliti di peringkat jawatankuasa dan tidak menolak kemungkinan membawa usul belah bagi jika perincian tidak mencerminkan pindaan-pindaan yang dijanjikan.

Tambah beliau, perjuangan Belanjawan 2021 yang benar-benar menfaatkan rakyat juga belum berakhir dan merayu penyokong PH jangan cepat membuat rumusan dan andaian yang tidak membantu memperkukuhkan kesatuan PH.

“Apa sahaja yang berlaku pada 26 November lalu tidak sama sekali menyokong keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang hingga kini tanpa majoriti yang terbukti.

“Perjuangan lebih besar ialah membawa usul tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya. – K! ONLINE

Undian Belanjawan 2021: ‘BN dah buat keputusan, tapi tak tahu apa jadi Khamis ini’ – H2O

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker