Undi belanjawan: Pemimpin PH ingat kami bodoh (idiots), – Penganalisis
Penganalisis politik Prof Dr Wong Chin Huat berpendapat belanjawan perlu diundi secara belah bahagi pada peringkat dasar semalam.
“Anggota parlimen (perlu) menyatakan pilihan mereka ya atau tidak.
“Untuk memilih undi suara – digunakan hanya ketika andaian mempunyai majoriti yang jelas pada perkara yang tidak kontroversi- sama sekali tidak profesional.
“Alasan paling pincang yang saya dengar adalah ‘lemah’ (futility), bahwa (pengundian secara belah bahagi tidak terjadi) kerana penukaran sokongan Umno tidak berlaku.
“Tidak, anda tidak mengundi hanya apabila anda dapat memastikan keputusan undiannya.
“Sekiranya ahli parlimen begitu ‘memikirkan akibat tindakan mereka’, maka adakah patut jika penyokong parti mereka hanya tinggal di rumah semasa pilihan raya bagi setiap kawasan yang bukan kubu kuat mereka?” soal Wong pada hantaran di Facebooknya, malam tadi.
Prof Dr Wong Chin Huat.
“Alasan paling ‘pincang’ kedua adalah bahawa ‘kami membantah melalui ‘undi suara’.
“Undi suara adalah hanya untuk pilihan ‘ya’. Anda fikir kami bodoh (idiot)?”
“Jika masalahnya adalah kempen ‘menderhaka titah Agong’, maka mereka harus setidaknya memilih tidak mengundi selepas memilih undi belah bahagi,” katanya lagi.
“(Presiden PKR) Anwar Ibrahim, (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng, (Presiden Warisan) Shafie Apdal dan (Presiden Amanah) Mohamad Sabu berhutang penjelasan kepada masyarakat,” tambah Wong.
Belanjawan 2021 yang menarik perhatian ramai akhirnya diluluskan pada peringkat dasar melalui undian suara di Dewan Rakyat.
Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) supaya pengundian dibuat secara belah bahagi tidak berjaya selepas hanya mendapat 13 sokongan anggota parlimen kurang dua seperti disyaratkan.
Sejarah berbeza jika dua lagi MP pembangkang “berani”
Sokongan itu diperoleh daripada kesemua empat anggota parlimen Pejuang, enam daripada Amanah dan masing-masing satu daripada PKR, DAP dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Bilangan 13 orang itu, bagaimanapun tidak cukup dua orang daripada sekurang-kurangya 15 sokongan yang diperlukan bagi membolehkan undian belah bahagi itu diadakan.
Ia menimbulkan pertikaian hangat di media sosial, khususnya daripada penyokong parti pembangkang yang sebelum ini lantang mengkritik belanjawan berkenaan.
Wong pada hantaran semalam juga menyatakan syabas kepada 13 MP yang bangun meminta undian dibuat secara belah bahagi.
Kata saintis politik itu lagi, sejarah pasti berbeza jika dua orang sahaja lagi ahli parlimen pembangkang “berani” berdiri.
“Sudah sampai masa untuk menggalakkan budaya backbench revolt (pemberontakan penyokong blok).
“Kegagalan hari ini (semalam) bukanlah bukti kekuatan kerajaan. Ia bukti kepada pembangkang yang tak profesional, yang seperti kerajaan, hanya melihat parlimen sebagai satu instrumen kuasa eksekutif,” katanya lagi.
Sementara itu, semalam, ketua parlimen DAP Anthony Loke memohon maaf kepada ahli dan penyokong parti yang kecewa dengan keputusan ahli parlimen yang tidak bangkit semalam.
Katanya, RUU itu hanya lulus di peringkat dasar dan selepas ini ia masih akan dibahaskan secara terperinci dan diluluskan untuk setiap kementerian, maka semasa perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin ini, peluang untuk undi belah bahagi masih ada untuk setiap hari.
Loke menyatakan sebab menolak undi belah bahagi kerana belanjawan itu tidak boleh ditolak sepenuhnya, memandangkan ada perkara yang dipersetujui, dan ada perkara yang tak dipersetujui dalam belanjawan itu.
Malah, jika ahli parlimen pembangkang bangkit menyokong undi belah bahagi, dia membayangkan PN akan menuduh PH ingkar nasihat Yang di-Pertuan Agong dan memainkan sentimen rakyat dengan tuduhan tersebut.
“Saya faham ramai ahli dan penyokong DAP merasa amat kecewa terhadap keputusan ini dan mengecam tindakan kita.
“Saya memohon maaf secara terbuka sekiranya saudara dan saudari merasakan keputusan ini adalah satu keputusan yang salah.
“Saya hanya boleh menjanjikan bahawa semua ahli parlimen DAP akan pastikan bahawa mulai Isnin depan “The fight will go on” (perjuangan akan diteruskan),”katanya lagi. Mk
Belanjawan 2021: Kita akan membantah dan menolak peruntukan di peringkat jawatankuasa – Anthony Loke