Umpan gula-gula sebelum rogol budak 8 tahun

Terkini di My KMU !!!!---->

Umpan gula-gula sebelum merogol mangsa. Itu taktik jahat seorang lelaki yang ditahan polis selepas merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun berhampiran Jalan Tuaran Bypass, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa dikatakan keluar berseorangan untuk ke rumah ibu saudara yang terletak kira-kira 100 meter dari kediamannya.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan balik, mangsa ditahan suspek berusia 25 tahun yang meminta kanak-kanak terbabit mengikutinya dengan memberikan gula-gula.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek kemudiannya membawa kanak-kanak terbabit ke sebuah pondok di kawasan hutan kira-kira 300 meter dari rumah mangsa.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa yang ketakutan terus menangis dan memberitahu dia mahu pulang ke rumahnya.

“Suspek menghalang mangsa sebelum menunjukkan sebilah pisau kepada mangsa. Mangsa yang ketakutan terus menangis di dalam pondok berkenaan.

“Suspek bertindak menciumnya sebelum membuka baju kanak-kanak terbabit dan merogolnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Habibi berkata, kanak-kanak terbabit kemudiannya dibenarkan balik dan diberikan wang sebanyak RM5 sebelum diarahkan supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada bapanya.

Bagaimanapun katanya, sebaik sampai di rumah, mangsa terus menceritakan kejadian kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan polis.

“Sebaik menerima laporan, mangsa dirujuk kepada doktor pakar yang mengesahkan mangsa dirogol.

“Siasatan polis akhirnya berjaya menahan suspek kira-kira 25 jam selepas menerima laporan di kawasan Wisma YLY, Inanam.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku merogol mangsa dan ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan suspek positif Methapetamine,” katanya.

Habibi berkata, suspek ditahan reman sehingga 3 Disember depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. HM

Leave a Reply