Parlimen boleh jadi epicenter kalau tidak dikendalikan dengan baik

Terkini di My KMU !!!!---->

Ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) menarik nafas lega selepas Belanjawan 2021 diterima majoriti ahli Dewan Rakyat semalam, seorang veteran Umno membayangkan jalan yang perlu dilalui masih jauh.

Bekas menteri Ahmad Shabery Cheek berkata sebahagian besar tuntutan BN kepada kerajaan PN sudah ditunaikan dan ia tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Katanya tuntutan tersebut – termasuk berkenaan pengeluaran dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWS) dan moratorium – disuarakan BN melalui Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak.

Bagaimanapun Ahmad Shabery menjelaskan apa yang berlaku semalam hanyalah “pusingan pertama” dan banyak lagi hal yang boleh berlaku.

“Ini baru pusingan pertama. Banyak lagi saat-saat suspens dijangka akan berlaku.

“Pengundian di peringkat jawatankuasa dan bacaan ketiga hampir 30 kali lagi,” katanya di media sosial hari ini.

Bekas ahli parlimen yang pernah dilantik sebagai menteri penerangan serta menteri pertanian dan industri asas tani itu mengulas pengundian Belanjawan 2021 di parlimen semalam.

Tak cukup 15 orang

Ia dilihat ujian getir buat PN dan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kerana sebelum ini beberapa pemimpin Umno membayangkan mereka tidak akan menyokong cadangan yang dibawa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Bagaimanapun sewaktu menggulung perbahasan senator terbabit mengumumkan pelbagai bantuan dan perubahan dalam belanjawan berkenaan, termasuk berkaitan pengeluaran dana KWSP dan moratorium.

Kalau anda terlepas…

ULASAN | ‘Siapa yang Ku Li mahu lihat jadi PM Malaysia?’
Jauh daripada jangkaan, usul tersebut diluluskan dengan mudah melalui undian suara. Cubaan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar agar undian belah bahagi dibuat bagi menentukan status belanjawan tersebut gagal apabila ia tidak mendapat sokongan minimum 15 orang.

Ia mengundang kemarahan pelbagai pihak terutama penyokong Pakatan Harapan (PH). Pimpinan gabungan itu kemudian menjelaskan belanjawan tersebut masih boleh ditolak apabila ia dibentangkan di peringkat jawatankuasa.

Bagaimanapun sesetengah pengkritik mendakwa bantahan pada peringkat itu tidak lagi membawa kesan yang besar – termasuk kemungkinan perdana menteri dijatuhkan – seperti penolakan di peringkat dasar semalam.

Ahmad Shabery berkata isu belanjawan tersebut perlu ditangani dengan betul atau kerajaan berdepan dengan ‘gegaran’ besar.

“Parlimen boleh jadi ‘epicentre’ (pusat gempa) yang boleh menggegarkan kalau tidak dikendalikan dengan baik,” katanya.

Belanjawan 2021: Kem pembangkang hanya beri laluan peringkat dasar – Anwar

Leave a Reply