Najib sekarang Bossku kepada Pakatan Harapan

Sebuah portal yang dikendalikan oleh adik Lathefaa Koya, Abdul Rahman Koya menyiarkan berita bahawa selepas Najib menyokong belanjawan 2021, Anwar turut mengarahkan ahli parlimen Pakatan Harapan untuk berbuat demikian.

Portal ini yang dikatakan dibiayai seorang Menteri Kanan PN adalah sebuah portal baru dan tiba-tiba sahaja mempunyai wang yang begitu banyak sehingga sanggup berbelanja besar untuk pengiklanan termasuk memasang banyak billboard di beberapa lebuhraya.

Najib secara sinis berkata bahawa sekarang dia sudah boleh mengarah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berdiri tegak macam tiang atau duduk diam-diam sekiranya diarahkan.

Berikut di bawah adalah dari posting Bossku di facebook beliau : –

Entahlah portal milik adik Latheefa Koya serta editornya setiausaha akhbar Mat Sabu ini.

Dorang buat cerita seolah-olah saya adalah big boss sebenar PH Plus menggantikan PM4/7/7i.

Saya arah Guan Eng dan Kit Siang diri membantah, mereka berdiri tegak macam tiang.

Saya suruh Guan Eng dan Kit Siang duduk, mereka turut duduk diam-diam.

Bukan begitu?

Kan seluruh negara telah mendengar saya ucap dalam Dewan Rakyat bahawa sokongan saya dan BN bagi bajet 2021 adalah bersyarat?

Dan jika kedua-dua syarat kita dipenuhi, kenapa pulak kita perlu tolak bajet?

Weiii.. kita bukan geng janji manifesto bukan kitab suci, ya?

Suka hati janji ini atau itu, lalu dicapatikan berkuah kari kepala ikan dan rakyat dikencing.

Bila kita berjanji untuk sokong bajet jika syarat-syarat kita disambut maka kita tunaikan janji itu. NR

Mahathir mengamuk ahli parlimen pembangkang mungkir janji

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker