Matilda Wira Walupun Hamil
Moscow: Seekor anjing di Rusia diangkat sebagai wira selepas mempertaruhkan nyawanya bagi menyelamatkan pesakit sebuah hospital daripada kebakaran.
Dalam insiden kebakaran di pusat perubatan swasta, Hospice, wilayah Leningrad, anjing betina yang bunting itu dilaporkan menyalak untuk memberi isyarat mengenai malapetaka sedang berlaku.
Anjing diberikan nama Matilda itu berlari ke bangunan terbakar selepas memberi isyarat itu kepada pemiliknya.
Bagaimanapun, disebabkan isyarat Matilda itu, empat pesakit di bangunan itu berjaya diselamatkan sukarelawan.
Haiwan itu yang melecur teruk pada seluruh anggota badannya, kini dirawat di pusat perlindungan haiwan, Vasilek di St Petersburg.
Menurut jurucakap pusat itu, bayi dalam kandungan Matilda terselamat dan membesar dengan sihat.
“Sukar untuk mengesan berapa jumlah bayi yang dikandung Matilda kerana tubuhnya yang besar.
“Selepas Matilda beranak, haiwan itu tidak dapat menyusukan anaknya kerana badannya masih melecur,” katanya dalam portal news18.
Pesakit serta keluarga mereka menzahirkan penghargaan kepada keberanian wira itu.
Walaupun pesakit di Hospice tidak dapat hidup lama kerana penyakit dialami mereka, namun tindakan Matilda itu menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa kebakaran.
Untuk rekod, Hospice adalah sebuah hospital pakar untuk penjagaan pesakit yang tiada harapan untuk sembuh dari penyakit masing-masing.-HM
Sumber : News.com
You must be logged in to post a comment.