Kenapa penjualan Aset Tabung Haji masih diteruskan sehingga kini?

Antara sebab utama rejim Gagalkrasi PH ditolak majoriti orang Melayu Islam ialah penjualan aset negara secara lambak – terutamanya aset-aset milik Tabung Haji.

Sebab itu ianya amat mengecewakan bahawa TH Plantations mengumumkan mereka sedang teruskan rancangan yang dibuat masa kerajaan PH dahulu untuk menjual 74% daripada jumlah keluasan ladang mereka dan proses penjualan ini dijangka selesai dalam masa 12 bulan lagi.

Tidak ada sebarang penjualan yang telah ditandatangan masa PH telah dibatalkan masa kerajaan PN ini.



Ini termasuk penjualan ladang TH Plantations Sarawak di mana nilai buku ladang telah diturunkan dari RM360 juta ke RM120 juta selepas TH Plantations tiba-tiba tukar jurunilai terkenal kepada jurunilai baru yang menggunakan andaian-andaian yang meragukan termasuk menggunakan harga minyak sawit sebanyak RM1,600-RM1,800 satu tan.

Lalu ladang Sarawak tersebut dijual kepada syarikat non-Bumi Tamaco yang dimiliki keluarga Lim dengan harga RM170 juta pada tahun lepas walaupun pengeluaran dan keuntungan ladang tersebut semakin meningkat.

Alasan TH Plantations masa itu untuk menjual aset ialah syarikat sedang mengalami kerugian sebab harga minyak sawit rendah pada harga sekitar RM1,600 hingga RM1,800 satu tan.

Sekarang TH Plantations sudah mencatat keuntungan semula setelah harga sawit naik ke RM3,400 satu tan iaitu paling tinggi sejak 8 tahun dahulu akibat pengeluaran minyak sawit di Indonesia jatuh.



“11 Nov: Harga minyak sawit tertinggi sejak 2012”

https://harakahdaily.net/…/harga-minyak-sawit…/

Namun alasan sekarang kenapa TH Plantations masih mengalami tekanan untuk menjual aset bertukar pula hari ini.

Alasan baru menurut TH Plantations dalam kenyataan semalam pula ialah: “Pandemik dan penutupan pintu sempadan Malaysia sejak suku pertama menjadikan keadaan operasi mencabar. Sekatan ke atas pengambilan pekerja asing baharu terus menjejaskan pengeluaran perladangan pada suku semasa,”



“26 Nov 2020: TH Plantations mulakan penjualan aset”

https://www.bharian.com.my/…/th-plantations-mulakan…

Eh! Kelulusan untuk pengambilan pekerja asing ialah di bawah bidang kuasa kerajaan. Sebagai sebuah syarikat GLC, kenapa kamu tak rayu kepada Menteri PN untuk mendapat kelulusan untuk pekerja asing jika kamu tak berjaya mengambil pekerja tempatan untuk mengganti pekerja asing?

Kerajaan BN masa saya PM perlu masa 9 tahun untuk menaikkan jumlah keluasan ladang milik TH Plantations dari 20,000 hektar ke 104,000 hektar.



Sekarang dijual dan dirancang untuk dijual 74% keluasan pula berdasarkan alasan-alasan yang tidak bertukar-tukar dan tidak boleh diterima pada ketika harga sawit pada harga paling rendah sejak 8 tahun dahulu dan syarikat sedang catat keuntungan.

Amat mengecewakan.

“26 Nov 2020: Penjualan aset TH Plantations selesai dalam tempoh 12 bulan”

https://www.freemalaysiatoday.com/…/penjualan-aset-th…/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker