Kalau tidak berani bantah di Parlimen, jangan pula berani bantah di Facebook

Dalam nada menyindir dan penuh maksud tersirat, pemimpin DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim menulis di laman Facebooknya.

Chang Kim merujuk kepada situasi majoriti Ahli Parlimen pembangkang tidak menyokong cadangan mengadakan undian secara belah bahagi bagi menentukan sokongan pada Belanjawan 2021.

Yang bangkit berdiri hanya 13 wakil rakyat Dewan Rakyat walhal jika hendak sokongan untuk undi belah bahagi sekurang-kurangnya memerlukan 15 Ahli Parlimen untuk menyokongnya.

Tulis Chang Kim, “Kalau tidak berdiri di Parlimen untuk membantah jangan kata di Facebook kamu membantah. Memalukan,”.



Tulisan itu mendapat pelbagai reaksi yang turut bersetuju dengan apa yang ditulisnya sebentar tadi.

Rata-rata yang merupakan penyokong parti Chang Kim iaitu DAP dan PH melahirkan rasa kecewa dan terkejut apatah lagi tidak ada wakil rakyat dalam kalangan mereka bangkit berdiri menyokong undi belah bahagi.

Sebelum itu, Datuk Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena) bangkit meminta pengundian diputuskan secara belah bahagi, namun aturan itu tidak dapat diadakan apabila gagal memenuhi syarat minimum sokongan 15 Ahli Parlimen seperti ditetapkan Peraturan Mesyuarat.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menggulung perbahasan selama kira-kira sejam.



Kelulusan Rang Undang-Undang berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

Minggu depan, perbahasan akan melalui peringkat jawatankuasa sebelum pengundian sekali lagi dilakukan. MG

PKR rela jadi pembangkang dari beri Mahathir jadi PM



Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker