“Baru Tahu Dah Kahwin”- Tapau Makanan, Altimet Sempoi Sambut Anniversary Atas Lantai
Penyanyi dan komposer, Altimet menyambut ulang tahun perkahwinannya dengan isteri .
Tidak seperti kebiasaan sambutan ulang tahun pasangan lain, Altimet dan isteri hanya duduk makan di lantai beralaskan kain.
Menurut Altimet dia tidak dapat membawa isterinya keluar kerana situasi pandemik kini.
“Selamat ulang tahun pernikahan. Mintak maaf, saya tak dapat bawa awak keluar makan-makan malam ni untuk raikan.
“Tapi tapau makanan bawa balik, komplot dengan anak-anak setting berkelah macam ni, duduk jauh-jauh boleh lagi.
“Insya-Allah settle benda ni kita pergi dating tinggalkan orang ketiga yang tunjuk kaki dia tu haaa. Kacau daun betul, baru nak feeling romantik,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Berpacaran berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Altimet memuat naik foto sambutan ulang tahun pekahwinan itu bersama isterinya. Namun wajah isterinya di tutup dengan emoji.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terkejut apabila mendapat tahu bahawa Altimet sudah berkahwin.
Apatah lagi, Altimet antara selebriti yang jarang mendedahkan kehidupan peribadinya kepada umum.
“Baru tahu suami orang, ingatkan masih bujang,” komen salah seorang pengikutnya.
“Dah kahwin?” tanya salah seorang netizen.
“Sempoi bang, santai!” puji salah seorang warga maya.
Difahamkan Altimet sudah 16 tahun berumah tangga dan mempunyai tiga orang anak.-GEMPAK
Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa [Video]
You must be logged in to post a comment.