Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa [Video]

Bakat baharu tempatan yang sedang meningkat naik, Dolla, teruja apabila single terbaharu mereka mendapat sentuhan komposer terkenal di arena antarabangsa.

Lagu berjudul Impikan, atau Watch Me Glow dalam versi bahasa Inggeris itu ditulis oleh Ludwig Lindell dan Daniel Caesar, yang cukup sinonim dengan bintang KPop seperti BTS, Girls Generation dan EXO.

“Kami bersyukur dan sangat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan mereka.
“Kami banyak buat research sebelum menjalani proses rakaman kerana mesej lagu ini sangat kuat, memberi harapan kepada pendengar.

“Jadi kami perlu memastikan semangat itu sampai kepada mereka,” kata Syasya, salah seorang anggota kumpulan itu semasa sidang media pelancaran video muzik lagu tersebut yang diadakan secara maya, pada Jumaat.



Lirik lagu itu dihasilkan oleh Luca Sickta dan Yonnyboii.

Dolla yang turut dianggotai Sabronzo, Angel dan Tabby, sejak kebelakangan ini mula mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila kerap disamakan dengan sensasi antarabangsa dari Korea Selatan, Blackpink.

Malah sebuah portal K-Pop popular Allkpop, baru-baru ini memaparkan artikel tentang Dolla, sekali gus membawa perhatian peminat dari luar negara terhadap mereka.



“Terkejut juga apabila disamakan dengan Blackpink sebab bagi kami, konsep yang kami bawa berbeza.

“Tetapi kami ambil perkara itu sebagai satu perkara positif kerana Blackpink nama besar dalam industri muzik antarabangsa,” kata Syasya ketika muncul dalam program Meletop beberapa minggu lepas.

Video muzik single pertama kumpulan itu, Dolla Make You Wanna, setakat ini sudah menerima lebih 2.3 juta tontonan, selepas dimuat naik Mac lalu. Awani



Dolla diserang kerana feminisme

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker