Kes tembak di sempadan: Segera bina tembok keselamatan



KANGAR – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) mencadangkan agar kerajaan segera membina tembok keselamatan yang lebih kukuh sebagai jalan penyelesaian kepada isu penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis dan Kedah.

Presidennya, Datuk Ismail Abidin berkata, pembinaan tembok keselamatan adalah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan risiko anggota keselamatan Malaysia terdedah kepada ancaman ditembak oleh kumpulan penyeludup.

“Tembok keselamatan akan memudahkan lagi tugasan kawalan bagi mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan negara. Keadaan sempadan Perlis-Thailand tidak sama seperti sempadan

“Sedangkan sempadan Perlis-Thailand keseluruhannya melalui jalan darat yang dilitupi hutan serta belukar paling mudah penyeludup bertindak ganas terhadap pengawal keselamatan Malaysia, kemudian bersembunyi dan melarikan diri ke negara jiran,” katanya kepada Bernama.

Pada awal pagi Selasa lepas, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, daripada Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) meninggal dunia akibat terkena tembakan penyeludup sementara rakannya, Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah dalam kejadian dekat Padang Besar.




Semalam, seorang lagi anggota PGA cedera ringan selepas terkena tembakan ketika sedang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah kira-kira pukul 6.15 petang. – Bernama



Leave a Reply

Your email address will not be published.