Bagaimana pengundian di Dewan Rakyat dijalankan

Undian Belanjawan 2021 akan diadakan di Dewan Rakyat hari ini, yang secara tidak langsung dapat menentukan sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) meempunyai sokongan majoriti ahli parlimen.

Undian hari ini akan menandakan berakhirnya pembacaan kedua, atau peringkat dasar rang undang-undang (RUU) perbekalan, dan seterusnya akan beralih ke peringkat jawatankuasa.

Berikut merupakan cara proses pengundian diadakan.



Setelah menteri terakhir selesai membuat penggulungan perbahasan peringkat dasar – dalam kes ini Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz – speaker akan mengadakan undian suara.

Speaker terlebih dahulu akan bertanya sokongan pihak yang setuju, sebelum menguji undian suara mereka yang tidak bersetuju.

Sekiranya terdapat lebih banyak suara ahli parlimen yang bersetuju, undian akan diluluskan.

Namun, mana-mana ahli parlimen boleh mempertikaikan keputusannya.



Belanjawan 2021: PN dapat manfaat sekiranya Ku Li tidak sertai undian

Sekiranya 15 ahli parlimen menyokong pertikaian itu, undi blok – atau belah bahagi akan diadakan.

Di bawah aturan ketika ini, loceng akan dibunyikan selama dua minit untuk memanggil ahli parlimen yang mungkin berada di luar dewan untuk masuk ke dalam.



Kemudian akan diberi masa 10 minit untuk menunggu. Selepas itu loceng akan dibunyikan selama dua minit lagi sebelum pintu dewan dikunci.

Had 80 ahli parlimen yang sebelum ini dilaksana susulan Covid-19, tidak akan dikuat kuasa. Semua ahli parlimen akan dibenarkan untuk mengundi.

Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) menjelaskan bahawa enam ahli parlimen kemudian akan bertindak sebagai kaunter undi untuk mewakili enam blok kerusi di Dewan Rakyat.

Kaunter undi akan memanggil ahli parlimen di bahagian mereka satu persatu, dan mencatat undi mereka.



“Kemudian undi diserahkan kepada setiausaha Dewan Rakyat, yang akan melakukan pengiraan dan menyerahkan angka itu kepada speaker, yang akan mengumumkannya,” kata Fahmi kepada Malaysiakini.

Undian belanjawan peluang akhir Anwar

Mana-mana pihak yang mempunyai majoriti dianggap menang undian. Majoriti mudah (112 undi) tidak diperlukan untuk undian diluluskan.



Majoriti dua pertiga (148 undi) hanya diperlukan untuk pindaan perlembagaan.

Proses pengundian diulang semasa peringkat jawatankuasa.

Bagi belanjawan, akan ada undian untuk belanjawan setiap kementerian pada peringkan jawatankuasa.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker