Selepas ekonomi pulih, cukai baru menanti rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan hanya akan memperkenalkan sebarang cukai baharu apabila keadaan ekonomi pulih, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, selain memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), kerajaan turut meneliti pencukaian baharu yang bersesuaian.

Katanya, kajian mengenai cukai terbabit dilaksanakan oleh jawatankuasa khusus yang ditubuhkan pada akhir 2019.

“(Namun) buat masa ini negara dalam proses pemulihan ekonomi…saya rasa tidak sesuai untuk kita memperkenalkan cukai baharu.

Polis akan teliti tuntutan saman keluarga Adib, kata KPN

“Mungkin Insya-Allah, apabila ekonomi pulih semula, kita dapat meneliti kajian yang dibuat sekarang dan lihat apakah cukai yang sesuai untuk diumumkan (dilaksanakan),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS) bertajuk “Belanjawan 2021: Belanjawan Survival Covid-19” yang disiarkan menerusi Facebook TV Darul Iman dan Kelantan TV, malam ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata selain meningkatkan hasil, kerajaan juga komited untuk mengurangkan paras hutang negara daripada 60% dan mengembangkan sektor berimpak tinggi.

Menurutnya, kerajaan juga menyasarkan untuk mengurangkan ketirisan dalam ekonomi bayangan yang kini sekitar 21% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Garis panduan baharu Lesen dan Larangan Minuman Keras bukan soal agama, kaum

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker