Batalkan sekatan baru jualan arak – Jeneral Bersara Hashim Mohd Ali

Bekas ketua turus Angkatan Tentera Malaysia Jeneral (bersara) Hashim Mohd Ali tampil membantah sekatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap penjualan minuman keras jenis liquor di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina mulai Oktober tahun depan.

Menyuarakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig-Jeneral (bersara) Mohamed Arshad Raji, Hasim berkata walaupun bukan urusannya untuk mempromosikan pengambilan alkohol, kerajaan mesti menghormati hak orang bukan Islam.

Katanya, ini kerana masyarakat Malaysia hidup di negara yang berbilang agama dan selama beberapa generasi, tidak ada masalah dalam penjualan minuman keras di kedai-kedai ini.

“Angkatan Tentera Malaysia juga berbilang kaum dan terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Pembelian dan meminum liquor terbuka untuk pegawai dan tentera bukan Islam dari kedai Pernama (Perbadanan Perwira Niaga Malaysia) tidak pernah menjadi masalah.

“Sebenarnya, ini membolehkan pegawai kanan memantau tingkah laku pembelian dan minum anggota tentera bersenjata bukan Islam di bawah pengawasan mereka,” kata Hashim pada satu kenyataan hari ini.

“Terdapat banyak perkara yang lebih memudaratkan, seperti rokok, yang dijual di kedai-kedai ini dan tidak boleh ada dwi standard dalam mengeluarkan polisi sedemikian untuk mengekang penjualan minuman keras.

“Lebih jauh lagi, perkara terakhir yang diperlukan oleh ekonomi kita dalam krisis ini atau selepas wabak adalah membendung aktiviti perniagaan yang sah,” kata Hashim yang juga presiden The Chiefs’ Circle yang membariskan panglima tentera yang sudah bersara.

“Apa yang lebih membimbangkan ialah pemimpin PAS, Ahmad Marzuk Shaary, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyatakan bahawa larangan itu mungkin akan dilanjutkan ke negeri-negeri lain,” kata Hashim.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata garis panduan baru mengenai lesen minuman keras dibuat setelah melakukan tinjauan mengenai garis panduan yang digunakan di negara lain sebelum dilaksanakan di sini.

“Saya hanya ingin mengingatkan menteri ‘yang baru setahun jagung’ agar tidak terlalu berlebih-lebihan membuta tuli dalam menegakkan kepercayaan agama mereka kepada rakyat Malaysia yang berlainan keyakinan.

“Itu sendiri bertentangan dengan prinsip-prinsip dasar Islam yang menyuruh umat Islam yang berkuasa supaya melindungi hak dan kebebasan orang bukan Islam di bawah jagaan mereka,” kata Hashim lagi.

Dia meminta pihak berwajib untuk membatalkan larangan minuman keras liquor itu kerana boleh meruntuhkan semangat Rukun Negara, perpaduan nasional dan keharmonian budaya yang dinikmati antara orang Islam dan bukan Islam. Mk

Larangan jual arak tidak perlu dan tidak masuk akal – Presiden Patriot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker