Umno tidak mahu dipaksa terima PPBM, Khaled jawab Annuar
Seorang pemimpin tinggi Umno berkata parti itu tidak mahu dipaksa terima PPBM, mengingatkan parti rakan supaya memahami dan menghormati kedudukannya tentang hubungan dengan parti serpihan itu.
Katanya, Umno bukan dalam misi untuk memberikan ihsan kepada mana-mana pihak untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan jenteranya.
“Hanya jauhari yang mengenal manikam,” kata Naib Presiden Khaled Nordin dalam kenyataan, mengulas laporan Malaysiakini memetik kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa.
Annuar, yang juga ahli majlis kerja tertinggi Umno, dilapor berkata PAS tidak akan bersama Umno tanpa PPBM.
Khaled menepis Annuar itu sebagai “bukan jurucakap PAS”.
“Ia datang daripada seorang yang hanya ingin menyelamatkan PPBM dan memecah-belahkan Muafakat Nasional,” tambahnya. FMT
PPBM dulu curi ahli parlimen, sekarang umpan parti komponen – Khaled
You must be logged in to post a comment.