Parlimen tempat bahas, bukan nak dengar kuliah menteri

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mempersoalkan had masa 20 minit bagi sesi soal jawab menteri dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021).

Ini selepas Speaker Dewan Rakyat Azizan Azhar Harun memaklumkan setiap menteri hanya mempunyai masa 20 minit untuk menjawab soalan yang diajukan kepada kementerian masing-masing.

Anwar (PH-Port Dickson) berkata dia meminta had masa dilanjutkan dan mencadangkan peraturan yang hanya membenarkan 80 anggota parlimen berada dalam dewan ditarik balik.

“Menteri beri penjelasan, terima kasih. Tapi Ini bukan nak dengar kuliah menteri. Parlimen ini tempat perbahasan. Kalau kita tak benarkan masuk, tunggu dia baca executive summary 20 minit, kemudian baca teks, tak payah jadi ahli parlimen.



“Tuan speaker saya percaya faham peranan parlimen terutama masa jawapan menteri – membahas, mencelah, mempertikai, mempersoal. Ini tidak mungkin berlaku dalam masa 20 minit.

“Beri kelonggaran sedikit supaya lebih daripada 80 (anggota parlimen) boleh masuk (ke dewan) dan waktu untuk menteri ditambah supaya ada pencelahan.

“Kalau tidak, parlimen does’nt work in this manner (tidak berfungsi dengan cara ini).

“Menteri beri jawapan executive, no questions asked, no time dan kemudian yang lain boleh baca di rumah. This is not the spirit (Ini bukan semangat) yang patut dihormati oleh parlimen ,” tegasnya.



Beberapa anggota parlimen pembangkang menyatakan sokongan terhadap Anwar dan menggesa Azhar mempertimbangkan kembali peraturan tersebut.

Tidak lama kemudian Azhar berkata dia akan memanggil sekali lagi ketua dan whip parti untuk membincangkan perkara itu.

Dia juga bertanya mengapa permintaan itu tidak disampaikan kepadanya sebelum sidang hari ini.

Bagaimanapun, Speaker menegaskan ucapan penggulungan membabitkan menteri dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kerja Raya hari ini berjalan seperti yang dijadualkan. Mk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker