Novel-Novel Karya Siti Rosmizah Yang Pernah Diadaptasikan Ke Drama TV
Novelis Siti Rosmizah merupakan seorang peguam yang berasal dari Kuala Lumpur dan telah menceburi bidang penulisan pada tahun 2008.
Kebanyakkan hasil tulisannya telah berjaya meraih anugerah seperti Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian pada tahun 2009 menerusi novel Andai itu Takdirnya.
Ini kami senaraikan novel-novel karya Siti Rosmizah yang pernah diadaptasikan ke drama bersiri:
1.7 Hari Mencintaiku
7 Hari Mencintaiku merupakan sebuah siri drama televisyen arahan Jamal Khan yang bersiaran di slot Akasia TV3 dan mula ditayangkan pada Disember 2016.. Dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Shukri Yahaya dan Siti Saleha yang mana drama ini diadaptasi daripada novel terbitan tahun 2011 dengan tajuk yang sama.
Drama bersiri ini mencatatkan tontonan drama yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 12 juta penonton sekali gus menerima Anugerah Drama Pilihan serta mendominasi anugerah-anugerah lain di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017. Drama ini mengisahkan tentang keangkuhan Mia Adriana dalam menjalani kehidupan sebagai isteri Khuzairi yang akhirnya memakan diri sendiri.
2. Lafazkan Kalimah Cintamu
Novel Lafazkan Kalimah Cintamu diterbitkan pada tahun 2010 oleh SR Publications yang juga telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Ria pada 2018. Cerita ini mengisahkan tentang suka dan duka kehidupan Tengku Aqilah yang mengharapkan kasih bapanya dan cinta kekasihnya, Tengku Ryan.
Drama arahan Along Kamaludin ini dibintangi oleh Farid Kamil dan Nelydia Senrose serta Siti Rosmizah yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip. Lafazkan Kalimah Cintamu mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton dan seringkali mendapat tempat di media sosial terutamanya di Twitter dengan 40,000 hantaran dari penonton.
3. Curi-Curi Cinta
Curi-Curi Cinta merupakan sebuah drama yang ditayangkan di Slot MegaDrama Astro Ria pada April 2019 arahan Allahyarham YM Raja Ahmad Alauddin di bawah produksi SR One Sdn Bhd. Dipercayai, drama Curi-Curi Cinta ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memperolehi 7.5 juta jumlah tontonan sekali gus menjadikan ia drama bersiri nombor satu pada tahun 2019.
Drama mengisahkan tentang Intan Raihana (Zahirah Macwilson) seorang gadis derhaka yang malu akan hidupnya yang susah. Kerana ingin lari dari situasinya, Intan sanggup memerangkap Daniel Hakim (Aiman Hakim Ridza), seorang lelaki kaya. Namun, takdir membawanya ke hidup yang lebih sukar dan memaksa Intan mencari keberkatan ibunya semula.
4. 7 Hari Mencintaiku 2
7 Hari Mencintaiku 2 merupakan merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku yang dibintangi oleh pelakon sama telah memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 pada Julai 2020. Drama ini berjaya meraih sebanyak 12 juta penonton sepanjang 33 episod sepanjang bersiaran.
Berbanding musim pertama, musim kedua lebih menumpukan kepada ahli keluarga Pak Samad berbanding kisah Mia dan Khuzairi. Konflik yang terjadi dalam keluarga mereka turut menambahkan lagi rencah suasana kekeluargaan dalam drama ini.- I Am Lejen
Penulis
Juliatul Amira Binti Mohamad Joni adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
DeIeted Scene Pak Andak Dan Kenit. Rupanya Arwah Idris Mat Diah Tengah Sakit Masa Penggambaran
You must be logged in to post a comment.