‘Membunuh’ Najib untuk sekian kalinya

oleh Cikgu Kamarul

1. Adolf Hitler pernah berkata bahawa ‘Jika kita mengadakan fitnah yang besar dan ianya diulang-ulang, lama kelamaan orang akan mempercayainya.’ Sedang pakar perubatan seluruh dunia sibuk mencari vaksin kepada Covid-19, apakah di Malaysia kita tidak mahu mencari vaksin kepada fitnah dalam berpolitik kerana tidak ada gunanya kita pulih dari wabak Covid19 tetapi terus menerus semakin tenat dengan cara kita berpolitik. Dalam ertikata lain kita sembuh secara fizikal tetapi rosak dari sudut mental.

2. Beberapa hari lalu Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan ‘teori’ bagaimana bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Najib. RPK mengemukan fakta dan ini mengajak kita berfikir secara rasional dan menilai Datuk Seri Najib secara adil dan saksama.

3. Namun adakah kita sudah bersedia berfikir secara terbuka tanpa dipengaruhi fahaman politik yang kita dokongi? Apakah setelah lama kita diheret sama untuk memburukkan Najib dan kini setelah ada bukti yang menunjukkan bahawa beliau dianiayai, adakah kita sanggup mengakui bahawa kita terkhilaf dan bersalah memfitnahnya. Ramai dalam kalangan kita yang tidak akan berbuat begitu kerana kita mempunyai ego yang hendak kita jaga.

4. Kita sentiasa bersifat prejudis terhadap Datuk Seri Najib kerana mempercayai propaganda kebencian kepada diri dan keluarganya. Prejudis itu sendiri telah banyak membawa bencana kepada negara.

5. Setelah berita mengenai Zeti menjadi panas, sebuah portal berita yang condong kepada parti pembangkang begitu pantas menyiarkan berita kononnya Jho Low menyalahkan Najib dalam isu 1MDB. Kenyataan ini sudah dijangka kerana ‘gelombang ingin tahu’ dek keterujaan orang ramai mengenai berita yang dimuat naik RPK meletakkan sesetengah pihak menjadi sangat tidak selesa.

6. Maka bermulalah ‘pembunuhan’ Najib seterusnya dengan pelbagai tajuk-tajuk berita sensasi mengenai Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai serangan balas lapuran RPK dalam usaha menutup berita mengenai Zeti. Tajuk-tajuk beritanya begitu sensasi tetapi intipatinya meleset tanpa fakta logik yang punya asas. Namun ini sudah diduga.

6. Apakah kesudahan cerita Zeti ini? Netizen ingin tahu kerana jika Najib menjadi mangsa ekoran nasihat Zeti yang salah, maka tindakan Zeti ini perlu disiasat sama ada dilakukan dengan sengaja dan terancang untuk memusnahkan Najib atau bagaimana?

Yang pasti pendedahan dibuat tentang Zeti tetapi yang akan menerima padahnya ialah Najib dan Rosmah.

Sampai bila?

Ex-Bank Negara Governor Zeti May Be Arrested And Charged

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker