[VIDEO] Kolam Paling Dalam Di Dunia Dibuka Di Poland
WARSAW, Poland – Sebuah kolam selaman sedalam 45.5 meter lengkap dengan gua bawah air dan runtuhan Maya buatan manusia, dibuka dekat ibu kota Poland, Warsaw kelmarin.
Kolam selaman tersebut adalah yang paling dalam di dunia
Kolam yang diberi nama Deepspot itu turut menempat sebuah bangkai kapal kecil untuk diterokai penyelam skuba.
Kolam itu mempunyai kapasiti 8,000 kubik meter air atau lebih 20 kali ganda lebih banyak daripada kolam renang biasa.
Tidak seperti kolam renang biasa, Deepspot dibuka walaupun Poland menguatkuasakan sekatan koronavirus. Ini kerana kompleks itu menawarkan kursus selaman dan bukannya kolam renang awam.
VIDEO DIBAWAH:-
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=na6UyAO6X_E[/embedyt]
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=2ngoNR012xc[/embedyt]
“Ini ialah kolam paling dalam di dunia,” kata pengarah Deepspot, Michal Braszczynski, 47 kepada agensi berita AFP.
Pemegang rekod dunia Guinness sekarang adalah sebuah kolam Y-40 The Deep Joy di Montegrotto Terme, Itali yang mempunyai kedalaman 42 meter.
Kolam di Poland itu masih menunggu pengesahan rasmi Guinness.
Kolam Blue Abyss yang dirancang untuk dibuka di Britain pada tahun 2021 pula akan memiliki kedalaman 50 meter. – AFP
Didakwa Dedah Aurat Ketika Mandi Di Kolam, Ini Jawapan ‘win’ Chef Wan
AWESOME
Orang lain berlumba2 buat bangunan tinggi, Poland pula buat kolam terdalam di dunia. Mungkin selepas ini akan jadi trend ikutan.