Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?

Pada mulanya, tahun 2020 akan menjadi tahun yang baik buat untuk para pemain industri pelancongan disebabkan Tahun Melawat Malaysia 2020. Hanya mampu merancang, penularan wabak pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar terhadap industri pelancongan.

Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebanyak 204 syarikat berkaitan industri hotel dan resort menamatkan perniagaan sejak Mac hingga Oktober tahun ini.



SPADMENTERI PELANCONGAN SENI DAN BUDAYA, DATUK SERI NANCY SHUKRI

Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ia melibatkan 109 syarikat berkaitan penginapan dan perhotelan dan 95 syarikat berkaitan agensi pelancongan, tempahan serta aktiviti berkaitan dan ejen pelancongan. Dalam pada masa yang sama, jumlah syarikat pengusaha pelancongan yang memohon lesen baharu dan diluluskan dari Mac hingga 31 Oktober 2020 sebanyak 135 syarikat.

Tambahnya, kerajaan telah mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi untuk meringankan beban rakyat dan kelangsungan perniagaan termasuk penggiat industri pelancongan. Pihak kementeriannya turut menyediakan kemudahan pembiayaan seperti Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIP) menerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)- TheVocket

https://mykmu.net/2017/06/13/cukai-pelancongan-dap-dah-buat-lama/



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker