Rihana Oksana belum mahu berkahwin lagi

Rihana Oksana belum mahu berkahwin lagi

Model sensasi dan bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana menjawab persoalan orang ramai mengenai bilakah dirinya akan mempunyai pasangan setelah bergelar ibu tunggal kepada putera sulungnya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra sejak tahun 2019 lalu.

Sering Mendapat Persoalan Mengenai Bilakah Dia Akan Berkahwin
Tulis Rihana menerusi hantaran di Instagram, dia sering mendapat persoalan yang bertanyakan bilakah dia akan berkahwin setiap kali menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakannya.

“Saya berada di sebuah majlis perkahwinan yang indah di Dubai. Setiap kali saya menghadiri majlis perkahwinan rakan wanita saya. Saya fikir, ‘alangkah gembiranya jika saya dapat menemui Mr Rightman!’.

Ya, saya bercakap tentang soalan berterusan mengenai, ‘Oxana, bilakah awak mahu kahwin?’. Tetapi saya terlalu muda untuk ini.”-tulis Rihana

“Saya Sedang Fokus Pada Diri Sekarang…”

Jelas Rihana, dia sedang memfokuskan pada dirinya, malah menitipkan pesanan agar tidak terburu-buru dan tidak mengikut tekanan oleh masyarakat atau orang lain.

“Perkara utama dalam hal ini adalah jangan terburu-buru dan tidak mengikut tekanan oleh masyarakat atau orang lain.

Saya sedang fokus pada diri saya sekarang. Mengharapkan perkara yang sama kepada semua orang.”-tulis Rihana lagi

Dipetik dari laporan Astro Awani, peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua telah mengesahkan bahawa Sultan Muhammad V dan Rihana Oksana Gorbatenko itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019.

Pada 22 Mei 2019, pasangan ini selamat dikurniakan putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Rihana Oksana belum mahu berkahwin lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker