Annuar Musa kena smash kerana bertindak sebagai sole negotiator

ANUAR MUSA: THE SOLE NEGOTIATORiator

Saya mendengar temubual Annuar yang terbaru 2-3 kali. Ada perkara yang pelu diulas. Ini bukan soal pergeseran sesama sendiri. Jangan apologatik.

Annuar menjadikan UMNO terlalu defensif. UMNO macam “Bad Boy”. Kenapa perlu jadi juru cakap parti lain? Menurut Annuar tanpa PPBM, PAS tidak akan bersama UMNO.

Tetapi saya mahu fokus kepada kenyataan ini. Kata Annuar, “Kita lupa kita datang dari parti yang telah jatuh dah kalah. Bab layanan, layanan macam mana yang kita mahu”.

Betul, UMNO kalah di PRU ke 14. Tetapi UMNO menang kerusi terbanyak. Cuma UMNO gagal mencari rakan yg cukup untuk membentuk Kerajaan.

PPBM menang 13 kerusi sahaja tetapi bersama DAP, PKR, WARISAN dan PAN berjaya menubuh Kerajaan PH. UMNO mengiktiraf Kerajaan PH. Tiada darurat.

Tetapi Kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan. Lahir kerajaan PN. Kerajaan PN adalah kerajaan baru. Dokongan bersama. Tidak timbul siapa kalah, siapa menang walaupun kerusi UMNO masih terbanyak.

Maka sebagai dokongan baru ia mesti dikongsi dengan cara yg baru. Itu yang Presiden UMNO sebut di Dewan Rakyat, tidak timbul “siapa berbudi, siapa yang terhutang budi”.

Justeru dalam bab layanan, layanan yang dimahukan ialah “kejujuran politik”. Jangan menikam di belakang. Annuar Musa tahu.

Kalau mahu dibahas, siapa kalah siapa menang, senario selepas PRU ke 14 telah berubah. UMNO menang 7 PRK. UMNO kalahkan PPBM dua kali ketika PH masih berkuasa iaitu di Semenyih dan Tanjung Piai.

UMNO mengalahkan semua parti gabungan PH kecuali PAN. UMNO mengalahkan DAP di Cameron Highland, PKR di Rantau dan WARISAN di Kimanis.

Bahkan PPBM sekarang ini didokong oleh 15 MP lompat daripada UMNO. Maka atas asas apa TSAM mahu mengatakan PPBM 2.0 ini adalah parti menang. Zaman kebanggaan PH menang PRU ke 14 sudah berakhir.

Annuar dakwa di PRN Sabah dia adalah pemain dan “the “sole negotiator”. Kalau begitu apakah Annuar mengaku dia gagal sebagai perunding UMNO.

Mana tidaknnya, 8 kerusi yang PPBM menang itu adalah kerusi yang mereka menang atas tiket UMNO pada PRU ke 14. Kenapa semua kerusi itu terlepas kepada PPBM? Itu punca masalah.

Annuar turut dedah isu calon Ketua Menteri Sabah. Kenapa Annuar menyalahkan UMNO kerana lambat umum nama calon Ketua Menteri?

Cepat atau lambat bukan alasan. Tetapi kenapa Annuar membisu apabila Muhyiddin umum Hajiji sebagai CM. Siapa yang tidak ada kejujuran politik.

Sebenarnya jangan disembunyikan semua fakta dan fakta sebenar. Presiden lebih mengetahui.

Sebab itu jangan mendahului Presiden dalam isu dasar dan taktikal. Dan jangan jadi Ketua Penerangan kepada parti lain.

Dr Puad Zarkashi

Najib “smash” pembohongan Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker