4 kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang · MYKMU.NET

4 kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang

Share
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Empat kenderaan rosak akibat ditimpa pokok tumbang di Jalan 3/27A, Seksyen 1 Wangsa Maju, di sini, berikutan hujan lebat dan angin kencang, petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Leftenan (PA) Shahrul Kamar Mohd Johari, berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu kira-kira jam 6.30 petang.

“Pihak APM menerima laporan bahawa sebatang pokok tumbang menimpa beberapa kenderaan yang diparkir di tempat letak kereta di lokasi berkenaan.

“Susulan itu, dua pasukan penyelamat terdiri daripada seorang pegawai bersama lapan anggota digerakkan ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setiba di sana, beliau berkata, sebatang pokok sebesar dua pemeluk didapati tumbang menimpa enam kenderaan dengan empat daripadanya mengalami kerosakan.

“Empat kenderaan terbabit ialah masing-masing sebuah PERODUA Myvi, Toyota Hiace, Renault Captur dan teksi jenis PROTON Waja yang mengalami pelbagai kerosakan akibat kejadian itu.

“Kerja pembersihan dan mengalihkan kenderaan yang terkesan itu mengambil masa sejam 45 minit,” katanya.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula menerima satu laporan kejadian dahan sekah dan hampir menimpa sebuah kediaman di Jalan Melati 3, Setapak, di sini, kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Tindakan pembersihan serta mengalihkan dahan itu dijalankan oleh Skuad Kecemasan, Unit Kecemasan, Kemudahan Awam dan Perkuburan (UKKAP), Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Leave a Reply