3 beradik warga Malaysia terkandas di Thailand

Sakina bersama anaknya yang terkandas di Thailand. - FOTO BERNAMA
Sakina bersama anaknya yang terkandas di Thailand. – FOTO BERNAMA

YALA: Tiga beradik warga Malaysia yang berumur tiga hingga 11 tahun, terkandas selama lapan bulan di Thailand apabila sempadan Thailand-Malaysia ditutup sejak 18 Mac lalu dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Kejadian berlaku selepas Muhammad Adam Danel Mohd Rozi, 11, bersama adik, Muhammad Arash Raihan, 7, dan Muhammad Muhaimin Putra, 3, mengikut ibu mereka yang merupakan warga Thailand, memasuki negara ini untuk memperbaharui visa, di sini, 16 Mac lalu.

Ibu kanak-kanak terbabit, Sakina Museh, 38, berkata ketiga-tiga anaknya terpaksa mengikut beliau pulang ke Thailand kerana tiada orang menjaga mereka di Malaysia.

“Suami saya (Mohd Rozi Ab Rahman) telah meninggal dunia pada September tahun lalu akibat kanser.

Terkandas di negara asal, ribuan pekerja Bangladesh protes mahu kembali ke Malaysia

“Disebabkan keadaan terdesak, saya terpaksa membawa ketiga-tiga anak balik (tanpa dokumen yang sah) ketika itu kerana tiada orang menjaga mereka,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Malaysia kemudian mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menutup pintu sempadan mulai 18 Mac lalu.

Selain itu, Sakina berkata, kos memasuki semula Malaysia agak tinggi bagi mereka kerana terpaksa menanggung kos menjalani kuarantin selama 14 hari dan ujian saringan COVID-19.

“Saya berharap Kerajaan Malaysia dan Thailand dapat membantu kami untuk pulang ke Malaysia.

“Kami sudah tinggal sehelai sepinggang,” katanya yang juga penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor.

Sementara itu, Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla sedang berusaha membantu empat beranak terbabit untuk pulang ke Malaysia. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker