KKM mahu PKP sekali lagi di Selangor tapi kesan ekonomi terlalu besar

Kementerian Kesihatan (KKM) pada mulanya mahu perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan semula di Selangor pada bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ketika sesi taklimat khas berkenaan usaha negara menangani Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, Noor Hisham berkata kesannya terhadap ekonomi amat besar, maka kerajaan memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang lebih longgar.

“Di Selangor memang amat mencabar. Walaupun tindakan kita awal, 14 Oktober sudah laksanakan PKPB.

“Ketika itu, kalau boleh kita nak laksanakan PKP tetapi kosnya amat tinggi kerana 40 peratus ekonomi negara adalah di Selangor. Jadi kita laksanakan PKPB,” katanya.

Hari ini, Selangor mencatatkan 402 kes positif baru Covid-19, lebih tinggi berbanding Sabah dengan 346 kes.

Menurut Noor Hisham, di Sabah kerajaan dapat mengambil tindakan dengan melakukan ujian saringan terhadap mereka yang pulang dari negeri itu dan mengenakan perintah kuarantin kepada mereka yang negatif.

“Tetepi di Selangor, adakah kita boleh buat saringan kepada semua yang keluar dan masuk negeri, dan kuarantin mereka 14 hari jika mereka mendapat keputusan negatif?

“Kita tidak mampu laksanakannya,” katanya.

Justeru itu, katanya lagi, penduduk di Selangor perlu memainkan peranan dengan mematuhi langkah keselamatan seperti menjaga penjarakan fizikal. Mk

PKP fasa kedua perlu dielak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker