Belanjawan 2021: PM perlu akui hilang majoriti jika RUU tidak diluluskan - Pakar Perlembagaan · MYKMU.NET

Belanjawan 2021: PM perlu akui hilang majoriti jika RUU tidak diluluskan – Pakar Perlembagaan

Share

Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengambil perhatian dan mengakui keadaan bahawa beliau telah kehilangan majoriti jika Rang Undang-undang (RUU) Pembekalan 2021 tidak mendapat cukup undi untuk diluluskan.

Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz bagaimanapun berkata, situasi itu akan menjadi lebih rumit dan merugikan jika dibuat pelantikan perdana menteri baharu yang perlu membuat semula RUU Perbekalan untuk 2021.

“Tindakan yang perlu diambil oleh beliau ialah untuk bersemuka dengan Yang di-Pertuan Agong dan menyembahkan keadaan tersebut.

“Bagaimanapun, ia terserah kepada Perdana Menteri sama ada beliau hendak meletakkan jawatan atau memohon pembubaran dewan. Kalau sekiranya ia berlaku, ia satu krisis politik lagi dan seterusnya akan mengheret negara ke satu keadaan yang agak tidak tentu arah dan perlulah ditangani oleh Yang di-Pertuan Agong dengan baik sekiranya ini berlaku

“Dan seterusnya kesan yang berkaitan dengan kegagalan meluluskan RUU Perbekalan ini ialah akan berlakunya satu keadaan di mana kerajaan tidak dapat memenuhi keupayaan untuk menggunakan perbendaharaan,” katanya semasa dihubungi di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri yang akhirnya akan menimbulkan satu lagi krisis politik.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau secara amnya berpendapat ada keperluan untuk meluluskan belanjawan itu, namun perlu ada pindaan terhadap peruntukan tertentu bagi memastikan ia lebih menyeluruh, terutamanya dalam menangani COVID-19 dan mengukuhkan kembali ekonomi.

Dalam pada itu kata Dr Shamrahayu, tindakan meluluskan RUU itu secara interim akan menyukarkan negara selain tidak begitu demokratik serta menjadi persoalan berpanjangan.

Jelasnya, ia juga akan menyukarkan untuk diadakan pilihan raya umum (PRU), mendapatkanmandat rakyat serta sukar memilih perdana menteri jika kehilangan kepercayaan majoriti. Awani

Muhyiddin terus disakat

Leave a Reply