Kesian Safawi Tak Beraksi lagi
Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid terus kempunan untuk meraih debut pertama bersama Portimonense SC apabila sekali lagi memanaskan bangku simpanan ketika pasukannya tewas 0-1 dalam aksi pusingan ketiga Piala Portugal awal pagi tadi.
Kekalahan tipis di tangan UD Leiria itu sememangnya mengejutkan apatah lagi lawan adalah pasukan daripada divisyen tiga berbanding Portimonense SC yang hadir selaku pilihan dari liga utama.
Dalam aksi itu, gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Rui Gomes pada minit ke-80 sekali gus mengenepikan terus Portimonense SC daripada saingan yang dijalankan menerusi format kalah mati.
Seperti biasa, kekecewaan turut dirasai peminat bola sepak tanahair yang rata-rata meluahkan perasaan simpati kepada Safawi yang langsung tidak diberi peluang.
“Kenapa Pawi (Safawi) dak (tidak) main, apa guna dia pi (pergi) sana,” tulis Mohd Khuzairi di ruangan komen Facebook rasmi Portimonense SC.
“Rosak Safawi lama-lama macam ini. Setakat alasan nak tengok cara Eropah main dalam TV pun boleh,” kata Salleh Janggut.
“Kesian Pawi mesti teringin sangat nak main. Apakan daya Pawi jurulatih macam hampeh!! Bertabahlah pawi.,” kata Amin Aariz Bakri.
Selain peminat dari Malaysia, penyokong Portimonense SC di Portugal juga dilihat mengecam kekalahan itu dengan menuntut agar Sergio meletakkan jawatan selepas pasukan kesayangan mereka juga sekadar menghuni tangga tercorot dalam liga utama.
Untuk rekod, kelab Safawi yang berpengkalan di Algarve, Portugal itu sekadar mengumpul empat mata daripada tujuh aksi liga dengan menempa lima kekalahan, satu seri dan satu kemenangan.
Terdahulu, Safawi yang dipinjamkan selama semusim oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya berada di bangku simpanan ketika bertemu FC Porto dalam saingan Liga Primeira yang berkesudahan Portimonense SC tewas 1-3.-HM
You must be logged in to post a comment.