Elak Picit Jerawat Dan Cabut Bulu Hidung · MYKMU.NET

Elak Picit Jerawat Dan Cabut Bulu Hidung

Share

Jangan ambil mudah mengenai amalan memicit jerawat dan menarik bulu hidung.

Ini kerana, penemuan terbaharu doktor pakar penyakit berjangkit di sebuah universiti penyelidikan swasta di Amerika Syarikat mendapati, perbuatan itu boleh mengundang strok (angin ahmar).

Pendedahan itu dikongsi di laman Facebook (FB) Public Health Malaysia (PHM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Menurutnya, memicit jerawat atau menarik bulu hidung mungkin dianggap biasa bagi sesetengah orang namun, tahukah bahawa perbuatan itu  boleh mengundang jangkitan bakteria.

Lebih teruk, katanya, jangkitan bakteria itu dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan kemudiannya boleh menyebabkan strok.

“Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins menyeru orang ramai supaya elak memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan muka.

“Kawasan muka dikenali sebagai segi tiga ‘kematian’ di muka.

“Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan jangkitan bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.

“Bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah,” katanya.

Namun, katanya, jangkitan bakteria boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.

‘Dari takder bulu, tumbuh bulu, sampai tanggal bulu’

Justeru, katanya, adalah penting untuk mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti memicit jerawat dan menarik bulu hidung

“Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.

“Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria,” katanya.

Katanya, PHM sentiasa menekankan konsep pencegahan lebih baik daripada berubat.

Justeru, katanya, amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung dan jika ingin melakukan prosedur itu pastikan ianya adalah teknik steril.  -K! ONLINE

Betul Ke Selain Hormon, Beronani Juga Salah Satu Punca Jerawat Timbul

Leave a Reply