Darurat tangguh PRK Batu Sapi undang bahaya kepada demokrasi – Bersih

Share

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berpendapat proklamasi darurat yang telah dicadangkan oleh Perdana Menteri bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi mungkin bukan jalan terbaik kepada amalan demokrasi di Malaysia.

Badan bukan kerajaan itu berpendirian dengan membenarkan darurat untuk menangguhkan pilihan raya akan mewujudkan satu duluan (precedent) yang berbahaya kepada demokrasi negara.

Bersih mendakwa, tindakan itu akan menyebabkan pihak yang mempunyai kuasa seperti Perdana Menteri akan cenderung untuk menangguh pilihan raya apabila terdapat situasi yang tidak menyebelahi pihak beliau.

“Selain itu, termaktub di dalam Perlembagan Persekutuan bahawa darurat hanya boleh diisytiharkan atas faktor keselamatan awam, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam.

“Memandangkan parlimen sedang bersidang sekarang, pihak kerajaan boleh membawa usul untuk meminda atau menggubal undang-undang baharu bagi menangguhkan pilihan raya apabila mendapat sokongan sekurang-kurangnya 2/3 ahli Dewan Rakyat,” kata Bersih dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosialnya. SM

Hamzah mahu bertanding PRK Batu Sapi

Leave a Reply