Covid-19 : Kembali 4 angka, 1041 kes baru hari ini · MYKMU.NET

Covid-19 : Kembali 4 angka, 1041 kes baru hari ini

Share

Sejumlah 1,041 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Hoor Hisham memaklumkan perkara itu ketika sesi taklimat khas berkenaan usaha negara menangani Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berkenaan wabak itu hanya akan dimaklumkan dalam kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) petang ini.

Dalam taklimat itu, Noor Hisham turut memaklumkan kadar kebolehjangkitan, iaitu R-naught (R0), ialah kira-kira 0.49 dan 1.1.

Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menurunkan angka itu, katanya lagi.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
#COVID19 Terkini. 21 Nov. Kes baharu hari ini masih 4 angka (1,041) tetapi lebih rendah berbanding kes sembuh,
1,405

Negeri tertinggi antaranya, Selangor (402), Sabah (346), N.Sembilan (121), KL (68), Johor (33).

3 lagi kematian, 3 lagi kluster baharu (Johor, Labuan & Selangor)

Status Terkini COVID19, 21 Nov 2020

Kes sembuh=1,405
Jumlah kes sembuh=40,493 kes
Kes baharu positif=1,041 kes
(kes import=2 kes tempatan=1,039)
Jumlah positif=53,679 kes
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian=332 kes
Kes dirawat di ICU=108 kes
Bantuan Alat Pernafasan=45 kes

Leave a Reply